Saturday, May 30, 2009

Heart's Already Home

These are all what I've done yesterday...
When I have no heart at all to do revision...

Looking at my wall calendar, counting days.
May will end up its story and I'm welcoming June with all my heart.

Googling my house, where my heart's already there right now.
"If u miss somebody then it's good enough if u can see his/her house rooftop"

My heavy luggage and my knapsack is about 75% packed.
"Flying high to the sky"

Miss them loads. Can't wait to see everyone.
"May Allah make my journey ease and safe"

And of course I miss 'my everything' so much.
Keep thinking of him days and nights.
"Kak, Gajah demam. Gajah cari kak tapi tak jumpa. Bila kak nak balik?"

The night.
"Yes, we're far from each other, but don't forget that we still can see the same one moon"

Back to my heteroaromatics mechanisms. *sigh*
"O Allah, bless me with Your Guidance"

Friday, May 29, 2009

Siapa Erwin Schrödinger?


Schrödinger Wave Equation.
Adalah mimpi ngeri sebuah Chemistry.

Siapa ye Pakcik
Schrödinger ni? Kalau la beliau masih hidup, teringin sungguh la ingin berkenalan dengan seorang yang genius seperti beliau (yang telah memporak-perandakan dendrit dan ganglion neuronku!), ajak beliau sembang-sembang santai, menyisip espresso klasik panas di Esquires, sambil mengajukan soalan-soalan seperti -

1. Apa yang pakcik dah makan sampai jadi bijak macam ni?

2. Macamana pakcik boleh cipta wave equation yang pelik tu?

3. Pernah tak pakcik selesaikan persamaan gelombang yang pakcik reka sendiri tu?

4. Antara pakcik dengan Pakcik Einstein, rasa-rasanya siapa lagi bijak?

Dek kerana rasa ingin tahu yang berkobar-kobar, aku pun 'menemuramah' Encik Wiki untuk mengetahui dengan lebih dekat siapa lelaki misteri ini. Hohoho. Panjang biodata beliau, tapi aku malas nak extract semuanya, pening kepala baca biodata yang bersimpang-siur tu!


Erwin Rudolf Josef Alexander Schrödinger
1887-1961
Asal dari Erdberg, Vienna
Antara institusi ilmu beliau ialah
University of Breslau
University of Zürich
Humboldt University of Berlin
University of Oxford
University of Graz
Dublin Institute for Advanced Studies
Ghent University

I'm sorry Mr Schrödinger! You were contributing a lot for Chemistry, but I just can't resist myself from hating you!=P

Lihatlah reaksi Beebo dan Meni sewaktu mereka menemui buku Erwin Schrödinger di sebuah perpustakaan dalam kembara mereka ke bumi Anbiya' easter break yang lepas. Aku dapat merasakan yang Beebo tidak akan teragak-agak untuk melempang aku dengan percuma sekiranya aku memberitahunya yang aku jatuh cinta dengan Pakcik Schrödinger! =D

p/s : Sorry Bi, aku curi gambar ni kat blog mu. Nasib baik bukan aku yang jumpa buku tu, kalau tak, menangislah Pakcik Schrödinger melihat kekejaman yang akan aku lakukan ke atas buku beliau. Hehehe. *Sengihan jahat*

Dilema Schrödinger nampaknya bukan hanya melanda kami para student. Tempoh hari, selepas Mr Allan, pensyarah Chemistry kami di INTEC menambah kami sebagai kenalannya di Facebook, panjang lebar beliau membebel tentang Pakcik Schrödinger ini di wall aku.

Aku tulis : I have more than hundred curly-arrow reaction mechanisms to be memorized *spinning*
Mr Allan : Aaah. Mechanisms. Beautiful :)

Aku : Mr Allan is a die hard fan of organic *yeay!*

Mr Allan : Well at least they are understandable. I'm trying to revise up on the Schrodinger wave equation from basic principles for a report I have to write.
Pining nye! Saya naik sebotol panadol.
Aku : Hahaha *rolling on the floor* Schrodinger is sooooooo non-sense! Even a professor here said so - it's too complex to be solved xD Am trying so so hard to 'conquer' the organic thingy. U are the best organic idol, I think =D
Wish u luck for revising the Schrodinger, don't pining-pining aaa Mr Allan hehehe
Mr Allan :
Now back to SWE. What's a Hamiltonian operator again? Lupa la! I'm almost there (said the spaceman on a journey to the 'end' of the universe)
You are right, SWE only works for a damn H atom. What a load of rubbish. Sorry Mr Schrodinger, but if you hadn't taken that naughty mistress into your cabin, you might not have been so distracted and made it work for REAL ATOMS!
Humph!
Actually I think the mistress devised it. It has all the hallmarks of a woman: Its damn complicated 'n just when we think you understand it, you realise you don't understand ANY of it. LOL {looks around to see if wife is reading this over shoulder} *OUCH*
Sampuk Beebo : *ROTF* OMG I have the same sentiment for Schrodinger equation!

Kalau macam ni, tak perlu la aku rasa bersalah kan untuk tidak menyukai persamaan gelombang Schrödinger? Kan? Kan?

Monday, May 25, 2009

Appreciating Sunset

7.15 pm

9.15 pm

After 244 days starting a new life in this small room on the attic of 81, only yesterday I just got the idea that the small square window in this room can be opened! Isk..isk..isk...

Alhamdulillah. Now I can feel the wind. I can appreciate the sunset. And my little heaven no longer turns into a 'baking oven' in the evenings of hot summer!

Wednesday, May 20, 2009

Muhasabah Cinta




Lagu ni telah dipromote oleh housemateku Kak Ida, sebagai lagu hits beliau minggu ini. Hehehe...jangan marah Kak Ida, jangan kensel plan buat apam gebu dengan mee kari *Wink*

Tuesday, May 19, 2009

Besar Sangatkah Ujian Ini?

Aduh...dah datang dah penyakit fobia tak tentu hala. Penyakit yang telah didiagnos dalam diriku sejak kecil.

Resah sungguh menanti tibanya detik 9.30 pagi 22 Mei dan detik-detik berikutnya.
Kenapa rasa serba tak kena je ni?
Baca yang tu, yang ni terdisplace. Baca yang ni, yang tu terdisplace. Aiyagooo...
Agaknya kalau otak aku ni mesin spectroscopy yang boleh merekod sebarang bentuk inferiority, mesti dah keluar spectrum inferior against stress yang bergelombang sana-sini, takde slope jua intercept, sebaliknya zig-zag yang mengelabukan mata. *Dush!*

Hohoho...inilah ujian dunia, yang detik dan ketikanya memang dah diberitahu awal-awal. Seat number pun dah tahu siap-siap. Boleh ulangkaji awal-awal, antara faham dengan tak faham, ingat dengan tak ingat aje la.

Macamana kalau mati tiba-tiba? Takde klu tentang tarikh, masa, venue. Apatah lagi seat number dalam kubur. Belum sebut 'invigilator' penjaga kubur lagi, yang akan menyoal dan memukul tanpa henti. Tiada guna meratap menangis lagi, siapa juga yang akan membantu kalau bukan amal sendiri.

Ujian mana yang lagi berat?

Memandangkan relatif 'berat' antara ujian selama 4 hari yang akan ditempuhi ini dengan ujian terpisahnya jiwa dari jasad sangatlah jauh bezanya, jadi sebagai peringatan untuk diri sendiri terutamanya, tak perlulah hendak takut, mengeluh, rasa hendak pengsan tak semena-mena, inferior etc dengan ujian kecil ini. Ia terlalu amat sangat kecil! Sepatutnya dalam apa jua keadaan, hendaklah sentiasa bersedia dengan sebuah hakikat yang tidak akan ada orang dapat lari darinya, iaitu kematian.

Ingatlah akan hakikat ini, yang mana diri kita tidak mungkin akan berpaling lagi pada kehidupan dunia. Tidak perlu untuk menggalas kain putih ke mana saja pergi sebagai persediaan, tetapi cukuplah dengan usaha untuk melakukan amal yang terbaik dengan sifat ihsan seolah-olah tidak akan ada lagi hari esok untuk kita, dan usaha untuk melakukan semua pekerjaan yang baik dengan terbaik - belajar, bekerja, berbakti - seolah-olah kehidupan ini adalah untuk seribu tahun lamanya.

"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [al-Ankabut : 64]

Baiklah. Mari kita sama-sama teruskan berusaha, dan berdoa. Jangan berhenti berharap, samada untuk ujian yang kecil, lebih-lebih lagi yang besar, kerana Dialah sebaik-baik tempat untuk menggantungkan segala harapan. Imbangkan antara sunnatullah dan syaria'tullah. Semoga segala usaha kita mendapat nilaian dari sisi-Nya.



"Ya Allah, bukakanlah hikmah-Mu ke atas kami, dan turunkanlah rahmat dari khazanah-Mu kepada kami, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dan Engkau persiapkanlah kami dalam urusan kami dengan petunjuk-Mu."

Mengantuk. Rehat kejap. Mari makan shreddies dan minum kopi.

Saturday, May 16, 2009

Nostalgia Bersama Pendidik

Selamat Hari Guru

Terutama kepada sifu, idola dan motivator terdekatku - Cikgu Nik Adnan (^_^) - yang telah 24 tahun berkhidmat di SMK Pengkalan Chepa 1 (tak pernah tukar sekolah dari mula berkhidmat?!) - yang telah hampir 22 tahun aku menjadi saksi kepada jerih payah beliau pergi dan balik mencurahkan ilmu. Kecintaanmu pada dunia pendidikan tersangat tinggi, sehingga mendidik itu berupaya menjadi penawar kepada kesakitanmu - semoga Allah terus mengurniakan kekuatan untuk ayah terus berbakti dan memberi.

Semoga aku akan menjadi seorang pendidik yang tak pernah penat memberi, macam ayah. InsyaAllah =) =)

Pada tanggal 16 Mei ini, sengaja aku ingin mengembalikan nostalgia dididik oleh puluhan wajah insan-insan yang tidak pernah mengenal erti lelah mencurahkan ilmu, sehingga aku terdidik menjadi apa adanya aku pada hari ini.

Suka untuk membrainstorm diri sendiri, apakah aku masih mengingati kesemua mereka yang bukan sedikit jasanya kepadaku?

SK Dato' Hashim 1 (1994-1999)

- Puan Maznah (BM, Maths, Guru Kelas Darjah 1)
- Puan Armawati Ariff (English dan Muzik Darjah 1)
- Ustaz Tuan Mahmood Raja Ibrahim (Pend Islam Darjah 1 & 6)
- Puan Rosita Hussein (English Darjah 2)
- Puan Hjh Zubaidah Yusoff (BM Darjah 2)
- Tn Hj Muhammad (Maths Darjah 2) - aku pernah didenda berdiri atas kerusi sebab tak hafal sifir
- Ustazah Nik Norizan (Pend Islam, Guru Kelas Darjah 2)
- Ustazah Faridah Md Yusoff (Pend Islam, Guru Kelas Darjah 3)
- Puan Rosliza Ab Rahim (English Darjah 3-6) - selalu sangat kena cubit dan ketuk sebab tak pandai grammar
- Puan Harisun Mat Isa (BM Darjah 3)
- Tn Hj Muhammad Jamil Hj Muhammad (Maths Darjah 3) - aku orang last pandai bab bahagi antara kawan2
- Tn Hj Abd Aziz Setapa (Maths Darjah 4-5, Guru Kelas Darjah 5) - beliau sangat kelakar tapi aku selalu kena denda sebab tak pandai congak, kena marah depan orang sebab pernah dapat C Matematik, kena sound dalam kelas sebab prestasi jatuh dari nombor 1 ke nombor 11 - dan insan yang paling aku benci dan paling banyak ku dendami semasa kecil - pernah aku beri kad ucapan Gong Xi Fat Choi kepadanya dengan menampalkan duit raya sebanyak satu sen sewaktu Hari Raya sebagai tanda protes - pernah aku escape dari kelas beliau hanya kerana tak mahu dijerkahnya bila hanya aku seorang yang gagal menghantar homework matematik - sebab aku benci belajar pecahan maka aku tak buat kerja - alangkah teruknya aku, sedangkan dialah insan yang paling banyak membuka mataku akan kehidupan ini - maafkan muridmu yang nakal ini, cikgu! Aku pohon dihalalkan segala ilmu darimu!
- Puan Azizah Mohamad (BM, Guru Kelas Darjah 4)
- Puan Jamilah Naemat (BM Darjah 5-6, Guru Kelas Darjah 6) - beliau ibarat ibu keduaku
- Encik Zawawi Shapii (Maths Darjah 6) - insan yang membuatkan aku jatuh cinta dengan jayanya terhadap Matematik! Juga sangat seni, dan aku banyak berkongsi minat menulis puisi dengan beliau satu ketika dulu, cikgu akan menulis berbagai-bagai jenis puisi di belakang buku matematikku, yang akhirnya aku bukukan bersama puisi budak-budakku dan aku hadiahkan padanya sewaktu Hari Guru tahun 2001 - dan beliau masih menyimpan naskhah itu hingga kini!
- Encik Ubaidillah Abd Rahman (Sains Darjah 4-6) - beliau sangat soft-spoken, tapi aku pernah kena libas kat tangan dengan rotan sebab tertinggal satu soalan dalam peperiksaan, tapi dia pukul aku paling slow dan tak sakit langsung, aku kan salah seorang murid kesayangan beliau, hahaha

SMKA Naim Lilbanat (26 Januari 2000-2 Disember 2004)

- Encik Ilyas Zakaria (BM & Guru Kelas Form 1)
- Tn Hj Rashid Salleh, Encik Mansor Abdullah (Sejarah Form 1)
- Puan Zaimah Arshad (Maths Form 1)
- Puan Mariah Kadir (Sains Form 1, English Form 2, Fizik Form 4) - cikgu mengajar aku lena, cikgu bercerita aku celik mata, hehehe
- Encik Hashim Mohammad (Sains Form 1)
- Puan Fairuz Abd Halim (English Form 2)
- Puan Khadijah Abdullah (Sains, Guru Kelas Form 2)
- Tn Hj Mohd Zin Ibrahim (Geografi Form 1-3) - aku minat dan suka tahap dewa cikgu ni dulu, satu batch tahu aku selalu kejar beliau, aku sanggup merayu dengan rakan sekelasku untuk bertukar tempat duduk di hadapan setiap kali cikgu masuk kelas tanpa songkok di kepala, sebab aku kata aku suka fesyen rambut cikgu, hingga kawan-kawan pun hendak termuntah mendengarnya, hahaha
- Ustaz Omar Hamdan Mohamad (Bahasa Arab Form 1) - ai wah! adalah trademark beliau, suka sangat mengajar dalam Galeri Bahasa Arab yang suram macam rumah hantu, tapi awas, langsung tak pernah bagi can untuk aku 'lelap' dalam kelasnya, hehehe
- Pn Hjh Maimun Yusoff (Sejarah Form 2) - adeii, aku penah kena hempuk dengan buku teks Sejarah sebab tak siap nota!
- Tn Hj Abd Halim Berahim (Bahasa Arab Form 2)
- Tn Hj Mohd Ghazali Muhammad (Pend Islam Form 2)
- Tn Hj Abdullah Hussin (Bahasa Arab Form 2) - ustaz masuk aku lena, ustaz keluar aku jaga, sungguh tak bermoral
- Ustaz Syed Ali Syed Abdullah (Pend Islam Form 1, QS Form 4-5) - ustaz selalu kena buli dengan kami dan kami pun suka sangat tanya soalan pelik-pelik dan tak logik pada ustaz hingga beliau mati kutu untuk menjawab
- Puan Zurinal Hussin (English, Guru Kelas Form 3)
- Puan Azlina Lajim (BM Form 3)
- Ustazah Hachinah Ahmad (Bahasa Arab Form 3)
- Encik Nik Zamani (Sejarah Form 3)
- Encik Muhammad Suzuki Ibrahim (Sains Form 3) - juga boss kepadaku dalam sidang redaksi sekolah selama 4 tahun, banyak memperkenalkan aku akan kecanggihan dunia komputer dan menginitiate minatku pada fotografi
- Pn Hjh Kamariah Hassan (Maths Form 2-3) - kami panggil Cik Kam - alahai, dengar derap sepatunya sahaja sudah buat jantungku terbelah dua!
- Ustazah Mazlina Mohd Zain (Pend Islam Form 3)
- Puan Nor Azlina Idris (Biologi, Guru Kelas Form 4) - kami panggil Mama Ayu - cikgu paling sempoi jua rock abad ini - banyak kenangan manis tahun 2003 bersama beliau, aku kan ketua tingkatan yang jitu lagi unggul, ehehehe
- Ustazah Rohani Ibrahim (Syariah Form 4) - kami panggil Bonda, dengar suaranya sahaja sudah tidak tergamak untuk berbuat nakal di dalam kelasnya
- Encik Zulkefli Abd Rahman (Add Maths Form 4) - cikgu memang the legend tapi malangnya aku penah fail add maths dengan jayanya, ofis beliau kat koop sekolah, dan berbangga benar dengan dunia Add Mathsnya, hehe
- Tn Hj Mohd Azmi Abdullah (Mod Maths Form 4) - terkenal dengan kepekatan Kelate yang luar biasa
- Encik Ahmad Radzemi Ismail (EST Form 4-5) - kami panggil Sir - terkenal dengan kereta kancil DAL 143
- Puan Hjh Wan Radziah Wan Mustapha (BM Form 4) - kami panggil beliau PK HEM Cik Yah - PK HEM yang digeruni di seluruh sekolah - trademark beliau ialah 'papan tanda di dahi' - nampak garang tapi bila belajar dengannya, waduh, asyik sakit perut ketawa - cara mengajarnya sangat banyak mengencourage diriku untuk menjadi pencinta bahasa
- Puan Nor Asiah Jusoh (BM Form 4)
- Puan Azwaty Yaacob (Kimia Form 4)
- Ustazah Hidayati Yusoff (Bahasa Arab Tinggi Form 4) - adeh, banyaknya dosa dengan ustazah, homework tak penah siap, bila disoal tak penah dapat jawab, melawan cakap lagi!
- Puan Nor Asyikin Hasiby
(English Form 4)
- Encik Yusoff Talib (Sejarah Form 4) - Snock Horgronje, John Keropok dan Pesantren Dayah Cek Brek!
- Puan Maimun Jusoh (Add Maths Form 5)
- Encik Sahrulami Jusoh (Sejarah Form 5)
- Puan Rafidah Rafi (Kimia, Guru Kelas Form 5)
- Puan Hjh Wan Nor Radziah Wan Ali (Biologi Form 5)
- Puan Zahinah Ismail (Mod Maths Form 5)
- Encik Razali Salleh (Fizik Form 5) - kami panggil beliau Papa Lee - kami sangat sayang beliau!
- Puan Rozana Abdul Rahman (English Form 5)
- Puan Marina Mohd Sohaimi (BM Form 5)
- Ustaz Mustaffa Chik (Syariah Form 5) - kami panggil beliau Ust Pa - ustaz memang superb!
- Ustaz Mohd Nor Ghazali (Bahasa Arab Tinggi Form 5) - alamak, selalu sangat la kena dengan ustaz sebab sangat malas belajar BAT, homework tak penah siap, suka sangat main-main, bila disoal terkebil-kebil, takpun jawab yang bukan-bukan, antara ayat-ayat power ustaz kepada insan-insan malas belajar sepertiku - " enti kalau malas kelik jual nasik kerabu laa", " enti kalau malas kelik jual sayur kecut laa", " enti kalau malas kelik jual besi buruk laa" - adeh, pedasnye!

INTEC (20 Jun 2005 - 25 Jun 2007)
- Prof Madya Norsaadah Awang (Core Maths Sem 1-2)
- Miss Teng Pek Eng (Mechanics Sem 1-4)
- Miss Eti Fairuz Zainuddin (IELTS Sem 1)
- Mr Sudad al-Harran (Physics Sem 1-4) - an Iraqi, the best teacher ever, the one who loves to relate science and al-Quran, loves to derive every equation, the harder the things in Physics, the more he loves it - loves to give full understanding to his student rather than just absolute theory, sharing lots of his experience with us, but when he called me "Yes Amelina, come to the board!" or "Yes Amelina, answer!" - mula la aku rasa nak terpengsan kat situ jugak, apepun beliau memang digeruni semua
- Puan Noorziana Sallehuddin (Chemistry Sem 1)
- Mr Michael Allan Hamzah (Chemistry Sem 2-4) - British born married to a Malaysian, loves to knock our head for any mistakes, loves to boss us to wear goggles (euww!) in the lab, his trademark is 'nasi lemak' and enjoys Organic Chemistry so much
- Mdm Sarah Abedi Abdullah (IELTS Sem 2-3)
- Puan Kahartini Ab Rahman (Core Maths Sem 3-4)
- Ustaz Mukhlisin Ali (Aqidah Sem 1)
- Ustaz Che Hashim (Fiqh & Akhlak Sem 2 & 4)
- Ustaz Wan Ismail Muhammad (Kekeluargaan Islam Sem 3)

Semoga kalian semua terus dipelihara Allah dan diberi kekuatan untuk terus mencurah ilmu kepada bunga-bunga bangsa.

Hanya Dia yang mampu membalas jasa bakti kalian.

Selamat Hari Guru.

Selamat Hari Guru



Tuesday, May 12, 2009

A List of Hustles


1 May - 3 June :
Time to live with chemistry, eat chemistry, think of chemistry

13 May :
Submitting the one and only lab report left for Stage 2 Practicals
The end of 20 practical sessions for this year = 180 hours!
But end up with the weird Schrodinger is not a happy ending! XD

16 May :
Selamat Hari Guru
"Guru Pembina Negara Bangsa"

22 May :
CHY 2002 Landmarks in Chemistry 0930-1100 BTC.G35
- I've decided to drop the Solid State Matter - too critical to be understood XD

24 May :
Birthday Hazira

26 May :
CHY 2301 Inorganic Chemistry 0930-1100 Sports Centre Room
Birthday Kak Ida

28 May :
CHY 2201 Physical Chemistry 1400-1700 King's Hall
- The heaviest paper, have to push myself so hard XD

3 June :
CHY 2101 Organic Chemistry 1400-1530 Sports Centre Hall
- Have more than hundred mechanisms to be memorized, hope the painful panic won't attack me again this time...huhu

4 June :
The Independent Day
A day trip to Lake District with housemates maybe?
Or BBQing?
Or dinner with housemates - celebrating Hazira and Kak Ida?

5 June :
A shopping trip definitely *Sigh*
- It sounds great but my money pouch is...isk isk...

6 June :
Packing everything, weighing luggage, repacking, reweighing...?

7 June :
What are you waiting for?
Flying home!

Semoga dipermudahkan Allah untuk segala urusan, hanya kepada-Nya aku bertawakal.

Friday, May 8, 2009

Sakitnya Hati!


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0508&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Panas hati membaca berita.
Tak baca, terpinga-pinga.
Bila dibaca, kecamuk jiwa.
Cerita politik membadai menggila.
Makin dibaca makin meloya.
Sibuk semuanya merebut takhta.
Ingatkan negara dah damai sejahtera.
Rupa-rupanya...

Orang jahat sedang bergembira.
Si peragut bengong tengah bertepuk tangan agaknya.
Celebrate mangsa yang mati begitu saja.
Tak kira selatan timur utara.
Bermaharajalela di mana-mana.
Hari ini seorang ibu maut diragut si durjana.
Eh, esoknya ada lagi cerita yang hampir sama.
Berjaya betul mereka-mereka ni ye.

Anak-anak kecil menjadi piatu sekelip mata.
Ya, mati memang ketetapan yang nyata.
Aku cuma hendak bertanya.
Ke mana la agaknya hati dan perut mereka ye.
Spesis jasad lompong ke?
Mestila tak, sebab Allah dah ciptakan semuanya sempurna.
Apa nak buat, harapkan ada otak tapi akal tak diguna.
Memang sia-sia.

Tak reti kasihan belas ke tengok anak-anak yang terpinga-pinga?
Meratapi pemergian ibu tercinta.
Satu-satunya tempat berkasih bermanja.
Celiklah mata, celiklah jiwa.
Tak reti tengok ke?
Tak nampak ke?

Macamana ye.
Kalau semua ini menimpa ibu-ibu mereka?
Kalau yang diragut itu isteri-isteri mereka?
Kalau yang maut itu saudara-saudara mereka?
Agaknya mereka mesti rilek sempoi aje.

Polis! Kalian pergi mana?
Dah jadi macam ni pun masih terhegeh-hegeh lagi ke?
Sibuk menangkap orang yang tak sepatutnya.
Semuanya sama aje!

Huh, tak pasal-pasal aku naik darah membara-bara.

Melihatkan mereka.
Wajah adik-adik menjelma di mata.
Amuk pada yang berbuat durjana.
Simpati pada yang menjadi mangsa.
Aku pasti, emosional aku adalah pada tempatnya.
Titis jernih terlalu mudah bergenang di tubir mata.
Kita yang melihat pun dirundung duka.
Apatah lagi mereka yang menanggungnya?

Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas mangsa.
Semoga Allah memelihara anak-anaknya.
Semoga Allah memberi balasan setimpal kepada yang telah membuatkan-Nya murka.
Tak mengapa, Allah ada.
Allah saksi segalanya.
Terlepas di dunia, akhirat nanti nak lari ke mana?

Al-Fatihah untuk kedua-dua Allahyarhamah, semoga roh kalian dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan yang diredhai-Nya.

Petang yang duka. Sakit sungguh hati ini.
5.18pm. Aku mahu mencari ketenangan.

Monday, May 4, 2009

Surat Dari Gajah


Aku menelefon rumah semalam.

Cerita mak :

"Tadi Gajah tulis surat untuk mak," beritahu mak kepadaku. Aku tergelak-gelak. Si Gajah ni ada-ada saja kerjanya. Baru beberapa bulan masuk tadika, dan baru saja pandai eja perkataan yang mudah-mudah. Dia tulis surat? Dia buat lawak apa lagi kali ni?

"Betul, dia tulis surat. Ada lima baris. Hurufnya lintang-pukang la, S, D, M, K, L ikut sedap dia je. Lepas tu dia suruh mak baca."

Aku gelak makin kuat.

"Apa Gajah tulis ni, mak tak fahamlah."

"Mak, kan Gajah dah tulis dalam Bahasa Melayu tu." *Grrr...sabar ajelah!*

"OK. Mak baca. S D M T L K."

"Mak, tu bukan baca tu. Tu eja. Gajah suruh mak baca."

"Mak tak pandai la nak baca surat Gajah ni. Gajah bacalah, mak dengar."

"Gajah tulis macam ni la mak, satu - Gajah nak jadi good boy selalu. Dua - Gajah akan kemas toys lepas main. Tiga - Gajah nak mandi selalu. Empat - Gajah janji nak sembahyang selalu. Lima - Gajah janji nak baca Quran selalu. Habis."

Terus dia peluk dan cium mak selepas membaca suratnya itu.

Walaupun kelakar, tapi surat perjanjian Gajah untuk mak itu sangat membuatkan aku tersentuh. Hanya doa berpanjangan dariku untuk Gajah kecil kesayanganku ini, semoga Allah melorongkan jalan yang lurus dalam kehidupanmu.


"Gajah"

Tapi hari ini, beritahu mak - dia menulis berpucuk-pucuk surat lagi - untuk ayah, untuk tok, untuk kakak-kakaknya yang berada di asrama (diselit di rak buku, konon apabila diorang balik diorang akan terperanjat kerana menerima surat) dan untuk dirinya sendiri! *Dang!*

Friday, May 1, 2009

Bicara al-Quran Tentang Taubat


Sudahkah kita berTAUBAT dan menginsafi segala dosa untuk hari ini?

Dorongan dan anjuran untuk bertaubat, al-Qur'an berbicara :

"...sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (al-Baqarah : 222)

"Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sembahan yang lain dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina; barang siapa yang melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat hukuman yang berat, (yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat, dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang, dan barang siapa bertaubat dan mengerjakan kebajikan, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat." (al-Furqan : 68-71)

"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (az-Zumar : 53)

Ayat ini membukakan pintu dengan seluas-luasnya bagi seluruh orang yang berdosa dan melakuan kesalahan, meskipun dosa mereka telah mencapai hujung langit.

Sabda Rasulullah SAW :

"Jika kalian melakukan kesalahan-kesalahan (dosa) hingga kesalahan kalian itu sampai ke langit, kemudian kalian bertaubat, nescaya Allah akan memberikan taubat kepada kalian."

(Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abi Hurairah, dan ia menghukumkannya sebagai hadits hasan dalam kitab sahih Jami' Shagir - 5235)

Keutamaan orang-orang yang bertaubat :

Allah menugaskan para malaikat muqarrabin untuk :
1. Beristighfar bagi mereka
2. Berdo'a kepada Allah agar Allah menyelamatkan mereka dari azab neraka, memasukkan mereka ke dalam syurga dan menyelamatkan mereka dari keburukan

"(Malaikat-malaikat) yang memikul 'arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan) : Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang bernyala-nyala Ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka ke dalam syurga 'Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang soleh di antara nenek moyang mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari (pembalasan) kejahatan pada hari itu maka sesungguhnya telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah kemenangan yang besar." (Ghaafir : 7-9).

Allah Maha Luas pengampunan dan rahmat-Nya, yang tidak merasa sempit dengan perbuatan orang yang melakukan maksiat, meskipun kemaksiatan mereka telah demikian besar.

"Tidakkah mereka mengetahui, bahawasanya Allah menerima taubat dari hamba-hambaNya dan menerima zakat, dan bahawasanya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang?" (at-Taubah : 104)

"Dan Dialah Yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan, dan dia memperkenankan (doa) orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta menambah (pahala) kepada mereka dari kurnia-Nya. Orang-orang yang ingkar akan mendapat azab yang sangat keras." (asy-Syuuraa : 25-26)

"Yang mengampuni dosa dan menerima taubat..." (Ghaafir : 3)

"Maka barangsiapa yang bertaubat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu, dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang." (al-Maaidah : 39)

"...Tuhanmu telah menetapkan atas diriNya sifat kasih sayang, (iaitu) barangsiapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya, dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (al-An'aam : 54)

Puja-puji terhadap Allah SWT dengan nama-Nya "at-Tawwab" (Maha Penerima Taubat) terdapat dalam al Quran sebanyak sebelas tempat. Seperti dalam do'a Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail :

"...dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang." (al-Baqarah : 128)

Dan seperti dalan sabda Nabi Musa kepada Bani Israil setelah mereka menyembah anak sapi :

"...maka bertaubatlah kepada Tuhan Yang menjadikan kamu, dan bunuhlah dirimu. Hal itu adalah lebih baik bagimu, pada sisi Tuhan Yang menjadikan kamu, maka Allah akan menerima taubatmu. Sesungguhnya Dialah yang Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang ." (al-Baqarah : 54)

Allah SWT berfirman kepada Rasul-Nya:

"...dan sesungguhnya jikalau mereka setelah menzalimi dirinya datang kepadamu (Muhammad), lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasul pun memohon ampun untuk mereka, nescaya mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (an-Nisa : 64)

Petikan dari : Tuntutan Bertaubat Kepada Allah, Dr Yusuf al-Qardhawi