Tuesday, May 19, 2009

Besar Sangatkah Ujian Ini?

Aduh...dah datang dah penyakit fobia tak tentu hala. Penyakit yang telah didiagnos dalam diriku sejak kecil.

Resah sungguh menanti tibanya detik 9.30 pagi 22 Mei dan detik-detik berikutnya.
Kenapa rasa serba tak kena je ni?
Baca yang tu, yang ni terdisplace. Baca yang ni, yang tu terdisplace. Aiyagooo...
Agaknya kalau otak aku ni mesin spectroscopy yang boleh merekod sebarang bentuk inferiority, mesti dah keluar spectrum inferior against stress yang bergelombang sana-sini, takde slope jua intercept, sebaliknya zig-zag yang mengelabukan mata. *Dush!*

Hohoho...inilah ujian dunia, yang detik dan ketikanya memang dah diberitahu awal-awal. Seat number pun dah tahu siap-siap. Boleh ulangkaji awal-awal, antara faham dengan tak faham, ingat dengan tak ingat aje la.

Macamana kalau mati tiba-tiba? Takde klu tentang tarikh, masa, venue. Apatah lagi seat number dalam kubur. Belum sebut 'invigilator' penjaga kubur lagi, yang akan menyoal dan memukul tanpa henti. Tiada guna meratap menangis lagi, siapa juga yang akan membantu kalau bukan amal sendiri.

Ujian mana yang lagi berat?

Memandangkan relatif 'berat' antara ujian selama 4 hari yang akan ditempuhi ini dengan ujian terpisahnya jiwa dari jasad sangatlah jauh bezanya, jadi sebagai peringatan untuk diri sendiri terutamanya, tak perlulah hendak takut, mengeluh, rasa hendak pengsan tak semena-mena, inferior etc dengan ujian kecil ini. Ia terlalu amat sangat kecil! Sepatutnya dalam apa jua keadaan, hendaklah sentiasa bersedia dengan sebuah hakikat yang tidak akan ada orang dapat lari darinya, iaitu kematian.

Ingatlah akan hakikat ini, yang mana diri kita tidak mungkin akan berpaling lagi pada kehidupan dunia. Tidak perlu untuk menggalas kain putih ke mana saja pergi sebagai persediaan, tetapi cukuplah dengan usaha untuk melakukan amal yang terbaik dengan sifat ihsan seolah-olah tidak akan ada lagi hari esok untuk kita, dan usaha untuk melakukan semua pekerjaan yang baik dengan terbaik - belajar, bekerja, berbakti - seolah-olah kehidupan ini adalah untuk seribu tahun lamanya.

"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [al-Ankabut : 64]

Baiklah. Mari kita sama-sama teruskan berusaha, dan berdoa. Jangan berhenti berharap, samada untuk ujian yang kecil, lebih-lebih lagi yang besar, kerana Dialah sebaik-baik tempat untuk menggantungkan segala harapan. Imbangkan antara sunnatullah dan syaria'tullah. Semoga segala usaha kita mendapat nilaian dari sisi-Nya.



"Ya Allah, bukakanlah hikmah-Mu ke atas kami, dan turunkanlah rahmat dari khazanah-Mu kepada kami, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dan Engkau persiapkanlah kami dalam urusan kami dengan petunjuk-Mu."

Mengantuk. Rehat kejap. Mari makan shreddies dan minum kopi.

5 comments:

  1. terima kasih untuk entry ini

    moga persediaan utk maut yg pasti itu tidak kurang drpd persediaan untuk jihad pena yg bakal tiba (apa ayat aku ni?)

    juga, terima kasih utk persahabatan yg indah ini (random)

    meni

    ReplyDelete
  2. oh memandangkan ada nota thomas di atas sinun, aku ingin melepaskan apa yg terbuku di dada, bokpe nota dia ayat macam keling, hok mano so nok crito pasal fullerenes hok mano so pasal nanotubes.

    maafla, ruangan komeng ni jadi tempat aku ngarut sewaktu take 5 pula.

    all the best utk nota itu, juga for the rest of the notes.

    meni

    ReplyDelete
  3. hoho..nota thomas itu meman bbelit tahap dewo. time-time kegeraman melampau itu mahu saja rasanya aku serkup si thomas itu dengan C70..

    oh tidak..sekali lagi aku telah berbuat jahat kepada guruku..

    ReplyDelete
  4. janganggg ring!

    tok pasal thomas keno guno toluene pulok untuk mempurifykan diri beliau. huhuh (ampunkan saya professor keith thomas)

    miss ab halim

    ReplyDelete
  5. hello hello. takde exam ke?
    hahaha *gelak keji*

    ReplyDelete