Monday, May 4, 2009

Surat Dari Gajah


Aku menelefon rumah semalam.

Cerita mak :

"Tadi Gajah tulis surat untuk mak," beritahu mak kepadaku. Aku tergelak-gelak. Si Gajah ni ada-ada saja kerjanya. Baru beberapa bulan masuk tadika, dan baru saja pandai eja perkataan yang mudah-mudah. Dia tulis surat? Dia buat lawak apa lagi kali ni?

"Betul, dia tulis surat. Ada lima baris. Hurufnya lintang-pukang la, S, D, M, K, L ikut sedap dia je. Lepas tu dia suruh mak baca."

Aku gelak makin kuat.

"Apa Gajah tulis ni, mak tak fahamlah."

"Mak, kan Gajah dah tulis dalam Bahasa Melayu tu." *Grrr...sabar ajelah!*

"OK. Mak baca. S D M T L K."

"Mak, tu bukan baca tu. Tu eja. Gajah suruh mak baca."

"Mak tak pandai la nak baca surat Gajah ni. Gajah bacalah, mak dengar."

"Gajah tulis macam ni la mak, satu - Gajah nak jadi good boy selalu. Dua - Gajah akan kemas toys lepas main. Tiga - Gajah nak mandi selalu. Empat - Gajah janji nak sembahyang selalu. Lima - Gajah janji nak baca Quran selalu. Habis."

Terus dia peluk dan cium mak selepas membaca suratnya itu.

Walaupun kelakar, tapi surat perjanjian Gajah untuk mak itu sangat membuatkan aku tersentuh. Hanya doa berpanjangan dariku untuk Gajah kecil kesayanganku ini, semoga Allah melorongkan jalan yang lurus dalam kehidupanmu.


"Gajah"

Tapi hari ini, beritahu mak - dia menulis berpucuk-pucuk surat lagi - untuk ayah, untuk tok, untuk kakak-kakaknya yang berada di asrama (diselit di rak buku, konon apabila diorang balik diorang akan terperanjat kerana menerima surat) dan untuk dirinya sendiri! *Dang!*

5 comments:

  1. INNN, comellah gajah....kelakarlah dia...

    ReplyDelete
  2. tung! daku terhibur bangat :D teringat memori indah menonton waris jari hantu bersama Gajah. huhu

    mern.meni

    ReplyDelete
  3. kenape name die gajah? huhu. sweet tol gambar hitam putih Gajah. mamcam profeisonal amik.

    ReplyDelete
  4. MahFuzaH :
    puja, ko datang la rumah aku nanti, jumpe gajah, kalo ko pandai umpan die kejap je ko jadik besfren die =D

    Meni :
    Hahaha....kalu mu mari pulok rmh aku nati, mu ajok dio tengok 'mashimagho' sbb rmh ak bru ado 'astegho' hahahaha

    laniaz_ :
    namenya adalah gajah kerana dia akan membahasakan dirinya mengikut jenis haiwan yang menjadi idolanya..jika tidak memanggilnya sedemikian, beliau tidak akan menyahut sebarang panggilan..animal fanatic

    ReplyDelete
  5. iye, ku nanti saat itu ring. diriku tahap sakit rumah loni nih, setelah sekian lama aku kelihatan tabah sajor mengatur langkah di sini. hukhuk. tak sabar mahu pulang!

    meni

    ReplyDelete