Saturday, May 16, 2009
Nostalgia Bersama Pendidik
Terutama kepada sifu, idola dan motivator terdekatku - Cikgu Nik Adnan (^_^) - yang telah 24 tahun berkhidmat di SMK Pengkalan Chepa 1 (tak pernah tukar sekolah dari mula berkhidmat?!) - yang telah hampir 22 tahun aku menjadi saksi kepada jerih payah beliau pergi dan balik mencurahkan ilmu. Kecintaanmu pada dunia pendidikan tersangat tinggi, sehingga mendidik itu berupaya menjadi penawar kepada kesakitanmu - semoga Allah terus mengurniakan kekuatan untuk ayah terus berbakti dan memberi.
Semoga aku akan menjadi seorang pendidik yang tak pernah penat memberi, macam ayah. InsyaAllah =) =)
Pada tanggal 16 Mei ini, sengaja aku ingin mengembalikan nostalgia dididik oleh puluhan wajah insan-insan yang tidak pernah mengenal erti lelah mencurahkan ilmu, sehingga aku terdidik menjadi apa adanya aku pada hari ini.
Suka untuk membrainstorm diri sendiri, apakah aku masih mengingati kesemua mereka yang bukan sedikit jasanya kepadaku?
SK Dato' Hashim 1 (1994-1999)
- Puan Maznah (BM, Maths, Guru Kelas Darjah 1)
- Puan Armawati Ariff (English dan Muzik Darjah 1)
- Ustaz Tuan Mahmood Raja Ibrahim (Pend Islam Darjah 1 & 6)
- Puan Rosita Hussein (English Darjah 2)
- Puan Hjh Zubaidah Yusoff (BM Darjah 2)
- Tn Hj Muhammad (Maths Darjah 2) - aku pernah didenda berdiri atas kerusi sebab tak hafal sifir
- Ustazah Nik Norizan (Pend Islam, Guru Kelas Darjah 2)
- Ustazah Faridah Md Yusoff (Pend Islam, Guru Kelas Darjah 3)
- Puan Rosliza Ab Rahim (English Darjah 3-6) - selalu sangat kena cubit dan ketuk sebab tak pandai grammar
- Puan Harisun Mat Isa (BM Darjah 3)
- Tn Hj Muhammad Jamil Hj Muhammad (Maths Darjah 3) - aku orang last pandai bab bahagi antara kawan2
- Tn Hj Abd Aziz Setapa (Maths Darjah 4-5, Guru Kelas Darjah 5) - beliau sangat kelakar tapi aku selalu kena denda sebab tak pandai congak, kena marah depan orang sebab pernah dapat C Matematik, kena sound dalam kelas sebab prestasi jatuh dari nombor 1 ke nombor 11 - dan insan yang paling aku benci dan paling banyak ku dendami semasa kecil - pernah aku beri kad ucapan Gong Xi Fat Choi kepadanya dengan menampalkan duit raya sebanyak satu sen sewaktu Hari Raya sebagai tanda protes - pernah aku escape dari kelas beliau hanya kerana tak mahu dijerkahnya bila hanya aku seorang yang gagal menghantar homework matematik - sebab aku benci belajar pecahan maka aku tak buat kerja - alangkah teruknya aku, sedangkan dialah insan yang paling banyak membuka mataku akan kehidupan ini - maafkan muridmu yang nakal ini, cikgu! Aku pohon dihalalkan segala ilmu darimu!
- Puan Azizah Mohamad (BM, Guru Kelas Darjah 4)
- Puan Jamilah Naemat (BM Darjah 5-6, Guru Kelas Darjah 6) - beliau ibarat ibu keduaku
- Encik Zawawi Shapii (Maths Darjah 6) - insan yang membuatkan aku jatuh cinta dengan jayanya terhadap Matematik! Juga sangat seni, dan aku banyak berkongsi minat menulis puisi dengan beliau satu ketika dulu, cikgu akan menulis berbagai-bagai jenis puisi di belakang buku matematikku, yang akhirnya aku bukukan bersama puisi budak-budakku dan aku hadiahkan padanya sewaktu Hari Guru tahun 2001 - dan beliau masih menyimpan naskhah itu hingga kini!
- Encik Ubaidillah Abd Rahman (Sains Darjah 4-6) - beliau sangat soft-spoken, tapi aku pernah kena libas kat tangan dengan rotan sebab tertinggal satu soalan dalam peperiksaan, tapi dia pukul aku paling slow dan tak sakit langsung, aku kan salah seorang murid kesayangan beliau, hahaha
SMKA Naim Lilbanat (26 Januari 2000-2 Disember 2004)
- Encik Ilyas Zakaria (BM & Guru Kelas Form 1)
- Tn Hj Rashid Salleh, Encik Mansor Abdullah (Sejarah Form 1)
- Puan Zaimah Arshad (Maths Form 1)
- Puan Mariah Kadir (Sains Form 1, English Form 2, Fizik Form 4) - cikgu mengajar aku lena, cikgu bercerita aku celik mata, hehehe
- Encik Hashim Mohammad (Sains Form 1)
- Puan Fairuz Abd Halim (English Form 2)
- Puan Khadijah Abdullah (Sains, Guru Kelas Form 2)
- Tn Hj Mohd Zin Ibrahim (Geografi Form 1-3) - aku minat dan suka tahap dewa cikgu ni dulu, satu batch tahu aku selalu kejar beliau, aku sanggup merayu dengan rakan sekelasku untuk bertukar tempat duduk di hadapan setiap kali cikgu masuk kelas tanpa songkok di kepala, sebab aku kata aku suka fesyen rambut cikgu, hingga kawan-kawan pun hendak termuntah mendengarnya, hahaha
- Ustaz Omar Hamdan Mohamad (Bahasa Arab Form 1) - ai wah! adalah trademark beliau, suka sangat mengajar dalam Galeri Bahasa Arab yang suram macam rumah hantu, tapi awas, langsung tak pernah bagi can untuk aku 'lelap' dalam kelasnya, hehehe
- Pn Hjh Maimun Yusoff (Sejarah Form 2) - adeii, aku penah kena hempuk dengan buku teks Sejarah sebab tak siap nota!
- Tn Hj Abd Halim Berahim (Bahasa Arab Form 2)
- Tn Hj Mohd Ghazali Muhammad (Pend Islam Form 2)
- Tn Hj Abdullah Hussin (Bahasa Arab Form 2) - ustaz masuk aku lena, ustaz keluar aku jaga, sungguh tak bermoral
- Ustaz Syed Ali Syed Abdullah (Pend Islam Form 1, QS Form 4-5) - ustaz selalu kena buli dengan kami dan kami pun suka sangat tanya soalan pelik-pelik dan tak logik pada ustaz hingga beliau mati kutu untuk menjawab
- Puan Zurinal Hussin (English, Guru Kelas Form 3)
- Puan Azlina Lajim (BM Form 3)
- Ustazah Hachinah Ahmad (Bahasa Arab Form 3)
- Encik Nik Zamani (Sejarah Form 3)
- Encik Muhammad Suzuki Ibrahim (Sains Form 3) - juga boss kepadaku dalam sidang redaksi sekolah selama 4 tahun, banyak memperkenalkan aku akan kecanggihan dunia komputer dan menginitiate minatku pada fotografi
- Pn Hjh Kamariah Hassan (Maths Form 2-3) - kami panggil Cik Kam - alahai, dengar derap sepatunya sahaja sudah buat jantungku terbelah dua!
- Ustazah Mazlina Mohd Zain (Pend Islam Form 3)
- Puan Nor Azlina Idris (Biologi, Guru Kelas Form 4) - kami panggil Mama Ayu - cikgu paling sempoi jua rock abad ini - banyak kenangan manis tahun 2003 bersama beliau, aku kan ketua tingkatan yang jitu lagi unggul, ehehehe
- Ustazah Rohani Ibrahim (Syariah Form 4) - kami panggil Bonda, dengar suaranya sahaja sudah tidak tergamak untuk berbuat nakal di dalam kelasnya
- Encik Zulkefli Abd Rahman (Add Maths Form 4) - cikgu memang the legend tapi malangnya aku penah fail add maths dengan jayanya, ofis beliau kat koop sekolah, dan berbangga benar dengan dunia Add Mathsnya, hehe
- Tn Hj Mohd Azmi Abdullah (Mod Maths Form 4) - terkenal dengan kepekatan Kelate yang luar biasa
- Encik Ahmad Radzemi Ismail (EST Form 4-5) - kami panggil Sir - terkenal dengan kereta kancil DAL 143
- Puan Hjh Wan Radziah Wan Mustapha (BM Form 4) - kami panggil beliau PK HEM Cik Yah - PK HEM yang digeruni di seluruh sekolah - trademark beliau ialah 'papan tanda di dahi' - nampak garang tapi bila belajar dengannya, waduh, asyik sakit perut ketawa - cara mengajarnya sangat banyak mengencourage diriku untuk menjadi pencinta bahasa
- Puan Nor Asiah Jusoh (BM Form 4)
- Puan Azwaty Yaacob (Kimia Form 4)
- Ustazah Hidayati Yusoff (Bahasa Arab Tinggi Form 4) - adeh, banyaknya dosa dengan ustazah, homework tak penah siap, bila disoal tak penah dapat jawab, melawan cakap lagi!
- Puan Nor Asyikin Hasiby (English Form 4)
- Encik Yusoff Talib (Sejarah Form 4) - Snock Horgronje, John Keropok dan Pesantren Dayah Cek Brek!
- Puan Maimun Jusoh (Add Maths Form 5)
- Encik Sahrulami Jusoh (Sejarah Form 5)
- Puan Rafidah Rafi (Kimia, Guru Kelas Form 5)
- Puan Hjh Wan Nor Radziah Wan Ali (Biologi Form 5)
- Puan Zahinah Ismail (Mod Maths Form 5)
- Encik Razali Salleh (Fizik Form 5) - kami panggil beliau Papa Lee - kami sangat sayang beliau!
- Puan Rozana Abdul Rahman (English Form 5)
- Puan Marina Mohd Sohaimi (BM Form 5)
- Ustaz Mustaffa Chik (Syariah Form 5) - kami panggil beliau Ust Pa - ustaz memang superb!
- Ustaz Mohd Nor Ghazali (Bahasa Arab Tinggi Form 5) - alamak, selalu sangat la kena dengan ustaz sebab sangat malas belajar BAT, homework tak penah siap, suka sangat main-main, bila disoal terkebil-kebil, takpun jawab yang bukan-bukan, antara ayat-ayat power ustaz kepada insan-insan malas belajar sepertiku - " enti kalau malas kelik jual nasik kerabu laa", " enti kalau malas kelik jual sayur kecut laa", " enti kalau malas kelik jual besi buruk laa" - adeh, pedasnye!
INTEC (20 Jun 2005 - 25 Jun 2007)
- Prof Madya Norsaadah Awang (Core Maths Sem 1-2)
- Miss Teng Pek Eng (Mechanics Sem 1-4)
- Miss Eti Fairuz Zainuddin (IELTS Sem 1)
- Mr Sudad al-Harran (Physics Sem 1-4) - an Iraqi, the best teacher ever, the one who loves to relate science and al-Quran, loves to derive every equation, the harder the things in Physics, the more he loves it - loves to give full understanding to his student rather than just absolute theory, sharing lots of his experience with us, but when he called me "Yes Amelina, come to the board!" or "Yes Amelina, answer!" - mula la aku rasa nak terpengsan kat situ jugak, apepun beliau memang digeruni semua
- Puan Noorziana Sallehuddin (Chemistry Sem 1)
- Mr Michael Allan Hamzah (Chemistry Sem 2-4) - British born married to a Malaysian, loves to knock our head for any mistakes, loves to boss us to wear goggles (euww!) in the lab, his trademark is 'nasi lemak' and enjoys Organic Chemistry so much
- Mdm Sarah Abedi Abdullah (IELTS Sem 2-3)
- Puan Kahartini Ab Rahman (Core Maths Sem 3-4)
- Ustaz Mukhlisin Ali (Aqidah Sem 1)
- Ustaz Che Hashim (Fiqh & Akhlak Sem 2 & 4)
- Ustaz Wan Ismail Muhammad (Kekeluargaan Islam Sem 3)
Semoga kalian semua terus dipelihara Allah dan diberi kekuatan untuk terus mencurah ilmu kepada bunga-bunga bangsa.
Hanya Dia yang mampu membalas jasa bakti kalian.
Selamat Hari Guru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
beb aku terhibur bangat dengan entrymu ini!!!!!!
ReplyDeleteteringat kembali cerita2 set mu kat naim. pastu cerita kita kat intec.
selamat hari guru ring! mu pun akan jadi cikgu yg best kekgi insya Allah.
meni
-salam-
ReplyDeleteTQ!! (sorry lmbt, one of my friend came across this..and i just got to know about it)
sgt terharu..wpun i mainly did ZERO. ;)
moga diterangkan hati with ur journey ya?amiin.
lotsa hugs!!
~aka Miss Eti~