Friday, May 8, 2009

Sakitnya Hati!


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0508&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Panas hati membaca berita.
Tak baca, terpinga-pinga.
Bila dibaca, kecamuk jiwa.
Cerita politik membadai menggila.
Makin dibaca makin meloya.
Sibuk semuanya merebut takhta.
Ingatkan negara dah damai sejahtera.
Rupa-rupanya...

Orang jahat sedang bergembira.
Si peragut bengong tengah bertepuk tangan agaknya.
Celebrate mangsa yang mati begitu saja.
Tak kira selatan timur utara.
Bermaharajalela di mana-mana.
Hari ini seorang ibu maut diragut si durjana.
Eh, esoknya ada lagi cerita yang hampir sama.
Berjaya betul mereka-mereka ni ye.

Anak-anak kecil menjadi piatu sekelip mata.
Ya, mati memang ketetapan yang nyata.
Aku cuma hendak bertanya.
Ke mana la agaknya hati dan perut mereka ye.
Spesis jasad lompong ke?
Mestila tak, sebab Allah dah ciptakan semuanya sempurna.
Apa nak buat, harapkan ada otak tapi akal tak diguna.
Memang sia-sia.

Tak reti kasihan belas ke tengok anak-anak yang terpinga-pinga?
Meratapi pemergian ibu tercinta.
Satu-satunya tempat berkasih bermanja.
Celiklah mata, celiklah jiwa.
Tak reti tengok ke?
Tak nampak ke?

Macamana ye.
Kalau semua ini menimpa ibu-ibu mereka?
Kalau yang diragut itu isteri-isteri mereka?
Kalau yang maut itu saudara-saudara mereka?
Agaknya mereka mesti rilek sempoi aje.

Polis! Kalian pergi mana?
Dah jadi macam ni pun masih terhegeh-hegeh lagi ke?
Sibuk menangkap orang yang tak sepatutnya.
Semuanya sama aje!

Huh, tak pasal-pasal aku naik darah membara-bara.

Melihatkan mereka.
Wajah adik-adik menjelma di mata.
Amuk pada yang berbuat durjana.
Simpati pada yang menjadi mangsa.
Aku pasti, emosional aku adalah pada tempatnya.
Titis jernih terlalu mudah bergenang di tubir mata.
Kita yang melihat pun dirundung duka.
Apatah lagi mereka yang menanggungnya?

Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas mangsa.
Semoga Allah memelihara anak-anaknya.
Semoga Allah memberi balasan setimpal kepada yang telah membuatkan-Nya murka.
Tak mengapa, Allah ada.
Allah saksi segalanya.
Terlepas di dunia, akhirat nanti nak lari ke mana?

Al-Fatihah untuk kedua-dua Allahyarhamah, semoga roh kalian dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan yang diredhai-Nya.

Petang yang duka. Sakit sungguh hati ini.
5.18pm. Aku mahu mencari ketenangan.

6 comments:

  1. inn, aku pun emo jugak dgn isu-isu semasa skrg ni.

    good luck in ur exam~ selamat berimtihan~ aku doakan dari jauh..

    Mahfuzah
    Cardiff

    ReplyDelete
  2. thanks puja~aku rindu gile kt ko ngan cardiff~
    all da best for ur viva..ade rejeki kite balik jumpe kt mesia insyaAllah =)

    ReplyDelete
  3. kak wan, aku pun turut ter'emo' seketika tatkala membaca puisimu ini. semoga Allah memberi balasan yg setimpal.

    p/s aku heran bakpo semo ore tulis sajak di musim swine flu ini. luahan geram melalui sajak, nak tegur pun ssajak jugok. aku yg buta seni ni terpinga2. huhu

    cik kem

    ReplyDelete
  4. hohoho...mano tok emo..makin hari makin kusut..
    mu bukang buta seni cik kem, mu tok wat keluor lg bakat mu tu..hehe..

    p/s tu la aku pun jua turut heran seperti mana yg mu herankan cik kem..aku rasa ada minggu sayembara puisi kot loni..kot kito tok kaba..haha

    ReplyDelete
  5. kito meme tok kaba sokmo kak wang. duk ralik ngilai jah siye male tok kiro tepat. huhu. daku insaf sekali, harapnya keinsafan lahir dari hati, bukan kerana peperiksaan yang menanti.

    cik kem

    ReplyDelete
  6. huhu. panjang berjela puisi akak. hehe. mane dapat idea nak buat ni ye?

    ReplyDelete