Saturday, December 27, 2008

Turkey Episode 2 : Great History Behind

Isnin, 21 Disember 2008, 6.15 am :

Hari kedua kami mulakan dengan bersolat Subuh berjemaah di Blue Mosque atau Sultan Ahmet Mosque (In Turkish : Sultanahmet Camii). Semput nafas sebaik tiba di masjid kerana sepanjang perjalanan dari hostel ke sana, kami diekori anjing yang bukan seekor, tetapi berekor-ekor! Aduhai anjing-anjing ini, di kala fajar menyinsing ini jugalah kalian mahu meronda-ronda!

Kami melangkah masuk melalui entrance utama. Mata terus terpegun, hati menggamit syukur sebaik menjejakkan kaki ke masjid yang indah ini. Subhanallah!

Cakap banyak pun tak guna. Mari duduk beristighfar diam-diam. Apalah bezanya kita dengan pelancong mat saleh kalau menziarah ke rumah Allah yang serba indah ini hanya sekadar untuk bergambar dan berposing semata. Luruskan niat perjalanan anda kembali. *Insaf*

Mengikut sejarah, masjid ini dibina di zaman pemerintahan Sultan Ahmet I sekitar awal abad ke-17, iaitu masih dalam pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah. Mempunyai enam menara yang menjadi kontroversi di zaman tersebut di mana telah dikatakan Sultan telah dikritik kerana membina menara yang sama banyak bilangannya dengan menara di Masjidil Haram. Lalu untuk menebusnya, Sultan Ahmet I bertindak membina satu lagi menara untuk masjid ini, tetapi di Masjidil Haram di Mekah. *Betulkan kalau salah fakta*


Solat Subuh di Blue Mosque. Ruang bukan main luas, tapi bilangan safnya...


The Twelve - ahli yang join trip Discovering Turkey kali ni - from left : Kak Wanis, Kak Ain, Kak Lin, Kak Ida, aku, Dayana, Kak Reen, Kak Madihah, Amni, Kak Jannah, Kak Aina, Kak Iffa

Baru je nasihat, dah ingkar. Hehe. Ini sebelum balik hostel daa...

Blue Mosque di waktu siang.

Selesai sesi Blue Mosque, kami pulang ke hostel untuk bersarapan. Menunya boleh tahan walaupun simple. Hehe. *Dalam otak tak ingat lain, tahu nak isi perut je*

Turkish bread with butter - luar rangup dalam lembut =D

Kembara hari ini diteruskan lagi bila semua dah kembali energetic. Sasaran kami kali ni adalah The Basilica Cistern, macam tempat saluran air bawah tanah yang diguna pakai oleh orang zaman dulu-dulu. Yang bagusnya berjalan kat Turki ni, boleh dikatakan kebanyakan place of interestnya adalah walking distance antara satu sama lain. Cuaca alhamdulillah. Walaupun winter but not as bad as Newcastle. Setakat hujan renyai sikit-sikit tu adalah. =D

Fakta tentang Basilica Cistern - dikatakan mampu menampung 80 000 meter padu air dalam satu masa. Hmm...

Kat dalam Basilica Cistern. Gile scary tempat ni. Kat lantai tu adalah air.

Tiang kepala Medusa.

Dalam bangunan bawah tanah yang pelik ini juga terdapat tiang yang kakinya adalah kepala perempuan dogengan Greek yang jahat - Medusa - yang dikatakan mampu menukarkan sesiapa yang 'bertentang mata' dengannya menjadi batu. Tapi akhirnya dia sendiri menjadi batu apabila seseorang (maaf aku dah lupa siapa) bawakan cermin ke depannya. Ini dongeng aje ye!

Keluar dari Basilica Cistern, kami berjalan menghala ke Topkapi Palace (Turkish : Topkapi Sarayi) yang terletak tidak berapa jauh dari situ. Hujan renyai menyambut ketibaan kami di sana.

Istana ini mula dibina di zaman Sultan Mehmet II (Muhammad al-Fatih) dan mampu 'merumahkan' 4000 orang di dalamnya. Mempunyai 4 courtyard - setiap satunya adalah untuk kelas-kelas manusia yang tertentu - yang paling luar untuk rakyat jelata dan paling akhir untuk keluarga terdekat Sultan.


Pintu masuk Topkapi Palace.

Ini adalah third courtyard kalau tak silap.

Balkoni di atas bukit menghadap Selat Bhosphorus.

Istana ni memang sangat besar. (Mana taknya, kebas dan lenguh habis segala urat kaki bila keluar dari sini). Paling menarik, di bahagian fourth courtyard (courtyard paling belakang, untuk keluarga terdekat Sultan sahaja) - di situ ada balkoni yang menghadap terus ke Selat Bhosphorus. Dan di bawahnya terdapat kubu yang memagari lereng bukit. Kubu tua tersebut kelihatan utuh walaupun sudah lompong sedikit. Aku seperti dapat membayangkan bagaimana tentera Islam masuk ke kota Constantinople dan menawan kubu ini. Dapat juga melihat bukit nun di seberang sana, yang aku sangat yakin bahawa di atas bukit itulah tentera-tentera Muhammad al-Fatih menarik lebih 70 buah kapal dalam hanya SATU malam untuk membolehkan mereka memasuki Constantinople kerana pada waktu itu, kerajaan Byzantine memasang rantai besi di muara Bosphorus untuk menghalang pihak lawan memasuki Constantinople dengan mudah.

Lihatlah betapa dengan pertolongan dan keizinan Allah, memungkinkan segalanya berlaku, even sangat tidak logik sekali pun. Menarik kapal merentasi bukit, dalam hanya satu malam?! Bayangkan!

Keluar dari Topkapi, kami berjalan mencari tempat makan. Pertama kali travel tanpa perasaan gundah di mana hendak cari makanan, kerana restoran halal bersepah di sana-sini di kota metropolitan Istanbul ini. Inilah istimewanya apabila mengembara di negara Islam, berbanding negara-negara lain di Europe. =D

Destinasi kami adalah sebuah kedai kecil di tengah jalan menuju ke hostel kami. Comel kedainya.
Dapat pula secangkir teh pengubat letih (macam kenal je ayat ni..huhu) Di Turki, memang tak sah kalau tak merasa Turkish tea yang dipanggil Cay (Sebut : Syai) oleh orang tempatan. Sedikit kelat, tapi bila bubuh gula batu 2 kiub rasanya tiba-tiba sedap. Hehehe. Tengahari itu aku cuba Tavuk Doner, rasanya boleh tahan. Salah satu sebab aku suka travel adalah suka rasa makanan kat tempat orang (tapi tengok la compatible tak dengan tekak aku yang cerewet ni..hehe)


Makan Tavuk Doner. 9 Lira.

Cay.

Sebelah petang, kami berjalan kaki menuju ke Beyazid (nak naik tram pun boleh) untuk ke Grand Bazaar. Masa ni sekejap saja semua orang hilang. Mak aii...kalau shopping...cepat aje! Tak banyak pun aku beli, sebab tak tahu nak beli apa di gedung yang terlampau besar ni. Lagipun, poket kurang memberangsangkan. Faham-fahamlah kan. Hehehe. Aku beli sejadah mini satu, keyring sorang satu untuk groupmates, alas meja, seketul dua fridge magnet dan beg kecik-kecik yang ade gambar-gambar Turkey. Tak lupa sehelai shawl untuk diri sendiri. Entah bila aku nak pakai entah. Hehehe. Hampir di setiap kedai, tuan kedai akan menyapa kami dengan ramah-tamahnya.

"Malaysia?"
"Malaysian?"
"Selamat datang!"
"Terima kasih!"

Mak aii...jenuh hendak tersenyum setiap kali disapa. (Nak-nak kalau yang menegur tu tahap hensem maut! Hehehe) Memang terbuktilah, orang Turki sangat menghargai dan meraikan tetamu. Nyata, walaupun tidak semua orang Turki benar-benar practising Muslim, tapi ketinggian akhlak dan adab yang ditunjukkan sangat boleh dipuji.

Kat kedai jual beg. Tauke kedai yang amik gambar kami. =D

Selesai bershopping, kami bercadang untuk solat Maghrib di Suleymaniye Camii, tapi punya jauh berjalan, sampai-sampai kawasan masjid gelap gelita. Apehal? Rupa-rupanya masjid under renovation, so lepas Isyak dia akan tutup. Pasrah sajalah kami berlalu dari situ. Kak Madihah mencadangkan agar berjalan di waktu malam di tepian Bhosphorus sambil-sambil mencari makan. Kami berjalan menghala ke Eminonu. (Penat seyh!)

Yeni Mosque di Eminonu.

Kami melintasi Yeni Mosque di Eminonu, tapi memandangkan semua orang merengek-rengek kelaparan, maka semua mengambil keputusan untuk bersolat di hostel sahaja. Kami berjalan meninjau-ninjau tempat makan di tepian Bhosphorus, di hujung Galata Bridge. Tapi, alamakkk...

Sewaktu sampai di hadapan Symbol Balik Restaurant (apekah nama restoran ni..tak mesra pendengar langsung! Hehehe) seorang pakcik tiba-tiba memaksa-maksa kami untuk masuk ke dalam restorannya. In the first place, semua pun tak mahu masuk bila melihatkan keadaan restoran yang melampau eksklusif macam hotel lima, enam bintang tapi pakcik tu berjanji akan kenakan bayaran 9 Lira sahaja untuk ikan fresh, nasi dan buah-buahan. Student rate katanya.
'Terpesona' dengan tawaran pakcik bermisai tersebut, kami pun melangkah masuk dengan yakinnya. Grilled sea bass menjadi pilihanku yang memang sedang kebuluran. Alhamdulillah. Jangan lupa bersyukur. Sedap ikan bakar pakcik ni. Dan dia pun memang mengotakan janjinya untuk mengenakan harga yang murah kepada kami.

Galata Grilled Sea Bass =D

Kembara akan disambung lagi hari esok, memandangkan hari ini kami semua sudah 'habis bateri' betul dah.

1 comment:

  1. ni mace jale2 cari makey kat turkey nih. penuh dgn gambar2 yg menyelerakan. padey la nyungguh sangat mu me'nyenap' hidangan makanan setiap kali sbelum makey.

    turkey meme best bangat!

    ReplyDelete