Saturday, December 27, 2008

Turkey Episode 3 : Mencari Barakah

Suara kudus muazzin melaungkan azan Subuh dari Masjid Biru mengejutkan kami dari lena yang indah. Bangun! Bangun!

Discovering Turkey masuk hari ketiga hari ini, yang juga merupakan hari terakhir kami di Istanbul.

Selepas bersarapan, kami bergambar beramai-ramai di hadapan Big Apple Youth Hostel yang comel ini. Riuh sekampung bila semuanya berebut hendak masuk D-SLR Kak Wanis. Hehehe =D

Big Apple Youth Hostel

OK. Jom jalan!

The Hagia Sophia (10 minit je jalan dari hostel) atau lebih dikenali sebagai Aya Sofya atau maksudnya in English : The Holy Wisdom. Dibina di zaman penguasaan Byzantine, atas arahan Maharaja Justinian dan Aya Sofya pernah menjadi gereja terbesar di dunia selama beberapa ribu tahun sehinggalah reputasinya jatuh selepas Seville Cathedral di Sepanyol siap dibina pada tahun 1520.

The Hagia Sophia

Menariknya tentang sejarah Aya Sofya ini, ia telah mengalami transisi peralihan fungsi sebanyak dua kali, iaitu dari gereja kepada masjid, dan dari masjid kepada muzium. Selepas Constantinople ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fatih pada 1453, Aya Sofya telah ditukarkan fungsinya kepada masjid di sepanjang zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

Paling mendukacitakan, selepas kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah pada 1924, dan merebaknya virus sekularisme dalam dunia Islam terutamanya di Turki pada waktu itu, si iblis Mustafa Kemal Attarturk (geram betul aku tengok muka jahat pakcik ni merata-rata kat Turki, especially kat duit Lira!) telah menukarkan Aya Sofya dari sebuah masjid kepada muzium, dan ianya kekal hingga ke hari ini. Dan ianya bukanlah muzium biasa yang mempamerkan barang-barang antik ke hape, tapi sebaliknya the building itself is a museum. Jadi, pelawat yang datang belilah tiket berharga 20 Lira untuk masuk ke dalamnya, dan hanya melihat-lihat bangunan kosong yang takde ape. Grrr~


Ketua perjalanan sedang membaca fakta tentang Aya Sofya dari Lonely Planet =D


Hape lagi, dah bayar 20 Lira untuk masuk, posing la puas- puas dalam Aya Sofya!


Kucing kat Aya Sofya. Gemuk gile dan pandai pulak posing.

OK. Kronologi perjalanan seterusnya.

Makan tengahari =)

Selepas solat jamak di Masjid Biru, kami menaiki tram sekali lagi ke Kabatas, menyeberang Galata Bridge. Dari sana kami berjalan menyusuri Selat Bhosphorus untuk ke Dolmahbace Palace. Kali ini kami berada di sebelah Eropah Istanbul. Tapi nasib tidak menyebelahi nampaknya, sebaik sahaja kami sampai di hadapan pintu pagar Dolmahbace Palace yang tersergam gagah, waktu melawat telah pun tamat. Huhuhu.

European side of Istanbul

Kucing gemuk lagi!

Kami berpatah balik. Kali ini berpecah lagi. Geng D-SLR bergerak ke Beyazid untuk ke Grand Bazaar kerana misi membeli-belah mereka masih belum selesai. Kami yang tinggal, berjalan-jalan di sekitar Valide Sultan Mosque sebelum mengambil keputusan untuk berjalan-jalan ambil angin petang di Galata Bridge.


Valide Sultan Mosque

Di Eminonu, kami berjalan di tebing Bhosphorus. Hati tertarik untuk mencuba nasi dalam kepah yang diperah jus lemon, dijual tiga untuk 1 Lira. Apa lagi, berlira-liralah kena beli kalau nak suruh betul-betul kenyang. Tapi memang sedap. Siapa datang Istanbul silalah cari pakcik kepah ini yang membuka guni kepahnya berdekatan dengan Galata Bridge.

Nasi dalam kepah

Galata Bridge

Kami meninjau-ninjau pula deretan gerai-gerai Balik Ekmek (Sandwich Ikan) di sepanjang tebing Bhosphorus. Para penjual berebut-rebut mahu menarik kami masuk ke kedai masing-masing, tapi memandangkan hari sudah hampir senja, kami mengambil keputusan untuk ke Suleymaniye Camii terlebih dahulu nun di atas bukit sana kerana bimbang akan terlepas lagi peluang untuk bersembahyang di situ.

Penat mendaki melalui celah-celah kedai dan lorong-lorong kecil, akhirnya berjaya juga kami menjejakkan kaki ke masjid yang indah ini. Amat terasa kelainannya sebaik memasukinya.

Suleymaniye Camii

Apa yang istimewa dengan masjid yang dibina oleh Sultan Suleyman al-Qanuni ini? Baginda telah mewajibkan semua pekerja yang terlibat dalam pembinaan masjid ini agar sentiasa bekerja dalam keadaan berwuduk. Mengapa pemerintah yang satu ini terlalu teliti dengan perkara yang mungkin pada pandangan kita, ianya amatlah kecil? Tentulah kerana Sultan Suleyman mahu mencari barakah pada masjid yang dibinanya.

Masjid ini pernah ditukarkan menjadi kandang kuda di zaman Attartuk, (kerjanya menjahanamkan saja pakcik ni!) bayangkan hingga ke tahap itu darjatnya direndahkan oleh manusia sombong itu.

Apapun, syukur pada Allah kerana memberi kesempatan kepada kami untuk mencecah dahi ke lantai masjid ini, merasai sama nikmat barakah yang ada padanya. Alhamdulillah.

Selepas solat di Suleymaniye Camii

Selepas bersolat, kami kembali meredah kegelapan, menuruni bukit untuk kembali ke Eminonu. Perut pun sudah mula terasa lapar, maka kami menyerbu gerai perahu Balik Ekmek di tebing Bhosphorus. Uniknya, sandwich ikan ini disediakan di atas perahu yang teroleng-oleng dipukul ombak.

Seorang pakcik bermisai lebat tidak putus-putus menjerit "Balik!!!!!!!" dengan nada yang melucukan. Alhamdulillah, sedap betul balik ekmek ni dimakan panas-panas dalam keadaan yang sungguh lapar.

Makan balik ekmek, pelayan tu macam Aladdin saja

Balik Ekmek

Sebelum balik, kami sempat memberitahu pelayan yang serupa Aladdin itu,

"You know, in Malaysia, 'balik' means go home! Hahaha."

Dia menepuk dahi. Mana taknya, kalau salah tafsir boleh jadi kami tak singgah kat kedai dia tadi, sebab bunyinya macam menghalau saja. Hehehe.

Selesai makan, kami merayap-rayap lagi di bawah Galata Bridge, yang terdapat deretan kedai menjual pakaian murah.

Pasar malam Turki

Hampir jam sembilan malam barulah kami mengambil tram untuk kembali semula ke Sultanahmet. Alang-alang dah penat, kami berjalan-jalan lagi di sekitar Sultanahmet dalam misi mencari makanan pelik. Kami berhenti di sebuah kedai menjual manisan, oh banyaknya kuih yang cantik dan nampak sedap semuanya!

Aku tanpa berlengah terus mencuba eclairs yang disalut coklat dan ditabur pistachio di atasnya. Tak berani hendak mencuba baklava, kerana gerun dengan salutan gula yang kelihatan likat di luarnya. Memang manis tahap diabetis punya!

Food-hunting

OK. Sekian untuk hari ni. Dah terlalu penat. Sampai hostel saja terus padam tak ingat dunia!

No comments:

Post a Comment