Friday, December 25, 2009

Nikah & Kahwin

Tahun 2009 menyaksikan beberapa orang temanku mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman bujang mereka, pada usia yang masih boleh dikira muda iaitu 22 tahun. Satu demi satu undangan ke walimah masing-masing melayang secara maya ke akaun Facebookku. Rasa terkilan yang teramat sangat semestinya kerana terlepas peluang untuk meraikan teman-teman di hari bersejarah mereka.

Tahun 2010, aku jangka akan lebih ramai lagi teman-teman naik pelamin, memandangkan kebanyakannya telah atau hampir menamatkan pengajian masing-masing. Erks...

Buat teman-teman yang dikasihi, kalungan tahniah untuk kalian, selautan doa ku layangkan dari kejauhan. Aku meraikan hari bahagia kalian dalam doa tulus dengan penuh kesyukuran.

Semoga alam baru ini akan menjadikan hidup kalian lebih bermakna di samping insan tersayang, semoga rumah tangga yang dibina mendapat restu dan barakah dari-Nya, semoga kalian menjadi penyejuk mata pasangan masing-masing, semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, semoga menjadi pasangan yang bercinta hingga ke syurga.

Walimah Farhana 27 November 2009

Classmate aku dari tahun empat sampai tahun enam di SK Dato' Hashim 1. Ana pecah rekod batch kami, the first one who ties the knot. Alhamdulillah aku sempat menyaksikan detik dia bergelar isteri (aku attend majlis pernikahannya pada Aidilfitri lepas) jadi taklah rasa terkilan yang amat sangat.

Walimah Maryam Jameela 27 November 2008

Classmate aku masa form four. Kak Ila juga merupakan pemecah rekod pertama untuk batch Naimians SPM 2004. Ramai lagi akan menyusul jejak Kak Ila selepas ini, hehe.

Walimah Maisarah 5 Disember 2009

Aku tak pernah sekelas dengan Arah sewaktu zaman sekolah menengah, tapi kenal baiklah juga sebab kami sama-sama golongan penghuni asrama Naim yang tegar. Arah pendiam masa sekolah dulu, tak sangka dia antara yang paling awal kahwin antara kami.

Walimah Adilah 19 Disember 2009

Adilah classmate aku dari form one sampai form four. Lama tu. Agak rapat jugalah dengannya, walaupun Dilah selalu kena buli sebab bukan budak asrama, hehe. Ini pun lagi sorang yang dah buat aku terperanjat ternganga bila tahu dia akan kahwin. 19 Disember ni tarikh keramat apa agaknya ya, ada tiga majlis sekaligus.

Walimah Yuzirah 19 Disember 2009

Yuzirah schoolmate di Naim sampai form three sebelum dia bertukar ke MRSM Kuala Berang. Walaupun tak rapat dengannya, tapi dek kerana aura tautan ukhuwah Naim yang kuat, maka sampai juga undangan majlisnya kepada kami teman-teman lama.

Walimah Azlina 19 Disember 2009

Mc Naa merupakan pemain congga yang unggul untuk kumpulan nasyid Soutun-Naim di zaman sekolah dulu. Tak pernah sekelas dengannya, tapi still kenal baik sebab Mc Naa pun merupakan penghuni asrama tegar macam aku.

Er...peer pressure la juga kan bila tengok teman-teman dah berumah tangga?!

Thursday, December 24, 2009

Takkan Selamanya Gagal!

Jam 5 pagi tadi aku terjaga bila telefon berlagu menandakan ada mesej masuk.

Dari Abiy adikku.

Kak, ore blh 5A je....huhuhu...

Begitu bunyi mesejnya, diikuti tiga smiley menangis.

Aku dapat mentafsir nada sedih dan kecewa pada mesejnya. Jarang adikku yang satu ini berdukacita. Tetapi pada hari ini dia tidak seperti selalu.

Aku lantas menelefon rumah. Kata mak, sejak balik dari sekolah tadi, dia menangis dan berkurung di dalam bilik.

5A untuk Bahasa Melayu, Matematik, Geografi, Kemahiran Hidup dan Pendidikan Islam. B untuk Sejarah, Bahasa Inggeris dan Sains. C untuk Bahasa Arab, subjek yang paling menjadi musuh ketatnya. Pada aku ini bukanlah dikategorikan sebagai gagal, kerana dia sudah banyak menunjukkan peningkatan berbanding sebelum ini.

Aku lantas membalas mesejnya.

Abiy, jgn sedih2. Dapat 5 pun dah ok, alhamdulillah, hok penting improve. Abiy baru nak masuk form 4, banyak masa n peluang lagi nak belajar betul2 dan baiki prestasi. Kak tahu Abiy dh buat hok terbaik. Tak semestinya xdapat 9A, sampai bila2 gagal. Mana tahu masa depan Abiy mungkin lebih baik dari kak sendiri. Hok penting jgn putus asa n kena usaha lg kuat, Allah x akan hampakan kita kalau kita betul2 bersungguh...

Mana mungkin aku dapat bergembira di saat dia berduka. Aku hanya mampu menitipkan doa semoga Allah memberikannya semangat untuk dia terus berusaha, kerana perjalanannya masih terlalu jauh.

Abiy, my endless support is always for you! Jangan mengalah, kerana gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya!

Tuesday, December 22, 2009

Turkey Episode 6 : Tesekkur Edereem!

Hari ini hari terakhir kami berada di tanah Recep Tayyip Erdogan. Selepas bersiap seadanya, kami keluar bersarapan sebentar sebelum kembali ke hotel untuk mengambil beg masing-masing serta melunaskan bayaran penginapan. Tidak lupa bergambar dengan pasangan suami isteri tuan punya hotel yang sungguh baik itu.

Kami menaiki bas menuju ke Otogar (Bus Station) yang sama yang kami tiba sebelum ini. Bas ke Istanbul adalah pada jam 11 pagi. Akhirnya Bursa kami tinggalkan dengan seribu kenangan. Ada rezeki, dapatlah bertandang lagi. Tetapi peluang yang pertama ini, akan menjadi momen manis yang akan dikenang seumur hidup.

Hujan renyai menyambut ketibaan kami di sebuah stesen bas kecil di Istanbul. Kami kemudiannya menaiki teksi pula untuk ke lapangan terbang. Jalan raya agak sesak. Bimbang juga takut-takut terlambat sampai, tapi alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya. Kami tiba di Sabiha-Gokcen Airport dalam jangka waktu yang masih awal, bersolat dan kemudian check in. Sempat minum petang dan mengalas perut sebelum berlepas.

Sungguhpun kembara di bumi Uthmaniyyah ini hanyalah lima hari, namun setiap hari yang kami tempuhi dirasakan sungguh bermakna. Terlalu banyak perkara baru yang dipelajari - bukan sahaja mendalami sejarah Turki Uthmaniyyah - tetapi juga belajar erti bersabar dan berukhuwwah.

Tanpa kesabaran, mungkin kelana kami dalam rombongan yang ramai ini (12 orang) akan jadi kucar-kacir. Alhamdulillah, semuanya mampu bertolak ansur walaupun setiap orang lain ragamnya, dan mungkin kerana itulah perjalanan kami yang ramai ini terasa begitu menyeronokkan, dan bukan menyesakkan kepala seperti yang diadu mereka-mereka yang pernah mengembara beramai-ramai sebelum ini.

Aku pernah membaca tulisan Ustaz Hasrizal dalam Saifulislam.com mengenai perihal ini.

Dari riwayat ibn Abi al-Dunya, bagaimana pada suatu ketika Umar mendengar seorang lelaki memuji-muji seorang lelaki lain.

Umar bertanya kepadanya, “Engkau pernah bermusafir dengannya?”

“Tidak pernah,” jawab lelaki itu.

“Engkau pernah bergaul rapat dengannya?” tanya Umar lagi.

“Tidak pernah,” jawab lelaki itu lagi.

“Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, sesungguhnya kamu tidak kenal akan lelaki itu!”


Selamat pulang, alhamdulillah.

Bumi Turki selamat kami tinggalkan pada jam 6.30 petang. Selamat tinggal bumi Khalifah, keagungan masa silammu, keramahan pekerti pendudukmu dan keindahan daerahmu akan terus terpahat dalam sanubari kami selama-lamanya.

Tesekkur Edereem!

Turkey Episode 5 : Uludag, Ski dan Salji

Hari kelima. Pagi ini kami bangun awal dengan riang ria sebaik terdengar suara azan dari Ulucamii. Sejuknya tak terkata. Dari luar jendela dapat dilihat hamparan putih salju di sana sini. Usai menunaikan solat Subuh kami semua berdiskusi tentang rancangan hari ini. Nampaknya agenda hari ini akan terbahagi dua. Majoriti dari kami mahu mencuba nasib untuk ke ski resort di puncak Uludag, manakala sebahagian lagi memilih untuk merayap di sekitar Bursa sahaja.

Kami keluar bersarapan di sebuah kedai makan kecil berdekatan hotel. Hidangannya, Turkish bread dicicah sup yang beraneka jenis. Aku memilih sup salami, cuba untuk menguji kebolehan tekak sendiri. Mungkin kerana sup itu dihidang panas, ditambah dengan perut yang lapar, maka habis juga sup salami itu sepertiga mangkuk. Untuk makan selebihnya, aku dah mula rasa kembang pipi.

Sup salami dan roti Turki

Misi mendaki Uludag perlu diteruskan. Menaiki kereta kabel ke Uludag! Bunyinya sungguh menyeronokkan. Kami pergi ke tempat membeli tiket kereta kabel seperti yang ditunjukkan oleh tuan punya hotel tempat kami menginap. Malang juga, kereta kabel pun tidak beroperasi hari itu, kerana cuaca kurang mengizinkan. Kami akhirnya mencari teksi.

Sekarang adalah masa yang genting. Kami perlu naik ke Uludag dan turun kembali, dan pemandu teksi tersebut mestilah menunggu kami di sepanjang keberadaan kami di atas sana. Oleh itu, rundingan untuk mendapatkan harga termurah mestilah dilakukan bersama beberapa orang pemandu teksi yang sudah pun mengerumuni kami di stesen teksi berkenaan. Bagaimana?

Orang Bursa kebanyakannya tidak dapat memahami dan tidak mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, namun kesabaran mereka untuk cuba memahami apa yang kami sampaikan amatlah boleh dipuji. Orang Bursa juga lebih mesra dan suka menolong. Makanya, terjadilah adegan interaksi yang mengagumkan antara manusia dari dua tanah dan benua yang berbeza.

Faham ke?

Rajah di atas adalah cara kami menyampaikan kehendak kami kepada pemandu-pemandu teksi itu, iaitu bertolak pada jam 10 pagi dari Bursa, tiba di Uludag jam 11 pagi, tunggu kami bergambar di atas gunung sana, kemudian bertolak balik dari Uludag jam 2 petang. Bayaran akan kami lunaskan selepas kembali semula ke Bursa pada jam 3 petang.

Dua pemandu yang akan membawa kami ke Uludag bersetuju dibayar sebanyak 240 Lira untuk dua buah teksi yang akan membawa lapan orang dari kami. Perjalanan dimulakan. Salju memutih di kiri dan kanan jalan. Suhu semakin sejuk apabila teksi mendaki semakin tinggi. Jalan begitu curam, berselekoh dan sangat licin. Cuaknya tak terkata. Alhamdulillah kerana pemandu teksi tersebut sangat cekap dan begitu berhati-hati memandu di jalan yang sebegitu keadaannya.

Selekoh curam yang licin

Selepas sejam meredah bahaya, akhirnya kami selamat tiba di puncak Uludag. Alhamdulillah. Rasa gerun hilang, berganti dengan seronok dan teruja. Salji di sana sini!


Yahuuuuuu!!

Hasrat awal kami hanyalah mahu bergambar sahaja di puncak Uludag yang berais ini, tapi bila melihat pelancong lain bergelimpangan jatuh di sana sini mencuba ski - nampak macam menarik saja - apa salahnya kami turut serta alang-alang sudah sampai ke mari. Tempat ski di Uludag ini pula nampaknya tidaklah begitu besar dan berbahaya untuk peserta-peserta amatur seperti kami, tambahan pula sewa pakaian dan peralatan ski hanyalah 15 Lira! Rugilah tak cuba kalau semurah ini harganya!

Mari berski!

Bermulalah peringkat pertama iaitu mencuba sut serta kasut ski, macam robot saja semuanya. Pakcik kedai akan pakaikan kasut ski khas untuk setiap orang, berat macam tong gas kasutnya!! Nak angkat kaki keluar dari kedai pun susah. Nak usung set ski tu satu hal pula walaupun taklah seberat mana. Macamanalah orang-orang yang tabah hati nak berkelana di kutub utara semua tu, tak terfikir rasanya keadaan mereka.

Dah lengkap segala alat dan kostum, masa untuk tunjuk bakat pula. Kami yang tak tahu-menahu berkeras dengan pakcik penjaga untuk cuba menaiki kabel bergerak yang akan membawa kami ke tempat yang lebih tinggi, dan berski turun ke bawah. Puas pakcik itu menyuruh kami mencuba terlebih dahulu berski di bahagian bawah, tapi kami tak faham-faham nampaknya. Akhirnya, buat kena gelak dek pakcik tu saja sebab kabel bergerak tak sampai 10 meter pun, dah jatuh tergolek-golek semuanya.

Akhirnya berskilah kami di bahagian bawah. Masing-masing dengan pelbagai keanehan tersendiri. Ada yang jadi Sin Chan, ada yang jadi Tarzan, ada yang menjerit-jerit "Excuse me! Excuse me!" semasa ski menjunam turun ke bawah, ada yang terguling-guling, ada pula yang steady je, hehe. Aku? Tak payah cakaplah. Terkial-kial nak lekatkan kasut ke papan ski dah satu hal, lepas tu sekali turun dah tak larat nak naik balik. Akhirnya terbaring beramai-ramai atas padang salju yang sejuk tu.

Pakcik teksi yang setia menunggu kami ketawa terbahak-bahak dari jauh melihat aksi anak-anak Malaysia yang jatuh bangun mencuba bakat berski. Berbaloilah juga membayar 15 Lira, untuk percubaan yang entah bila pula boleh dibuat selepas ini.

Teka siapa paling hebat ski?

Perut dah lapar. Rasanya hampir dua jam juga kami bermain di puncak Uludag ini. Akhirnya kami bertolak pulang ke Bursa semula selepas memulangkan kembali peralatan ski. Uludag kami tinggalkan dengan perasaan puas.

Tiba di Bursa, kami makan tengahari, bersolat dan terus merayau-rayau di pekan Bursa yang masih dilitupi salju. Menjengah-jengah Yildrim Bazaar, tapi nampaknya tak sehebat Grand Bazaar di Istanbul. Tapi tetap ada hasil 'tangkapan'nya. CD Kumpulan Nasyid Raihan pun ada dijual di sini.

Kami merayau hingga ke malam. Misi mencari makanan pelik diteruskan lagi. Kami singgah makan malam di sebuah kedai makan berdekatan hotel sebelum pulang. Geng ronda Bursa yang diketuai oleh Kak Madihah, telah melawat Ulucamii dan bazar sepeninggalan kami ke Uludag, dan telah dijemput oleh seorang makcik Turki yang baik hati untuk ke rumahnya. Sekali lagi berlaku komunikasi unik seperti ayam bercakap dengan itik! Kami berkongsi cerita dan tawa.

Malam ini, mula berkemas kerana esok kami akan bertolak pulang ke Istanbul untuk penerbangan pulang ke London Luton jam 6.30 petang.

Zzzzz....mimpi berski...

Friday, December 18, 2009

Turkey Episode 4 : Bursa

Discovering Turkey episod keempat. Punyalah lama terperap dalam draft folder. Hampir setahun sudah kenangan bersama Turki berlalu pergi, dah berhabuk pun, baru terhegeh-hegeh nak update. My bad.

Hari keempat di bumi Turki, hujan turun membasahi bumi. Agak lebat, namun ia tidak membataskan semangat kami untuk menyambung perjalanan. Kami akan meninggalkan Istanbul hari ini.

Selepas bersarapan, kami terus check-out dari Big Apple Youth Hostel, menaiki tram ke Zeytinburnu, sebelum berjalan ke jeti feri yang terletak kira-kira 15 minit berjalan kaki dari stesen berkenaan. Apapun nasib tidak menyebelahi kami, feri ke Bursa tidak dapat beroperasi pada hari itu berikutan cuaca buruk dan laut bergelora. Mahu tidak mahu, kami terpaksa juga menaiki bas ke Bursa walaupun ianya akan memakan masa yang lebih panjang dari menaiki feri.

Kami berpatah balik ke Zeytinburnu, menaiki tram sekali lagi, kali ini menghala ke stesen bas. Seorang wanita Turki yang baik hati telah mengiringi kami, menunjukkan jalan hingga sampai ke stesen bas. Alhamdulillah, kami bernasib baik kerana sampai di stesen bas kira-kira 10 minit sebelum bas bertolak.

Akhirnya kami tinggalkan kota metropolitan Istanbul. Bas berpramugara (ada pelayan hidangkan kopi dan snek dalam bas OK!) itu bergerak hingga ke Pelabuhan Yenikapi. Oh, gembiranya kerana dapat juga merasa naik feri! Yang mabuk laut, tidur diam-diam dalam bas ye (Aku la tu..isk..isk). Feri akhirnya berlabuh di Pelabuhan Yalova selepas kira-kira sejam perjalanan merentasi Laut Marmara. *Kurang pasti betul ke laut ni, kalau salah betulkan ye*


View Larger Map

Dalam feri, dari Yenikapi ke Yalova

Hari sudah beransur malam ketika kami akhirnya tiba ke Bursa, yang terletak di kaki Uludang Mountain. Salju putih terhampar di sana-sini di bandar Bursa. Sudahlah gelap dan sejuk, perut pula semestinya sudah lapar. Tempat menginap juga belum ditemui. Dua, tiga hostel yang ditanya, semuanya mengenakan harga yang kurang berpatutan. Kami akhirnya mengambil keputusan untuk 'berteduh' seketika di Zafer Plaza, sebuah pusat membeli-belah di tengah kota Bursa, memandangkan semua sudah capek kepenatan dan kesejukan. Kami terus menyerbu food court di tingkat atas Zafer Plaza untuk makan malam.

Bursa yang dingin

Sambil yang lain ditinggalkan berehat di Zafer Plaza, aku bersama Kak Iffa, Kak Aina dan Yenn keluar meredah salji mencari Tourism Office. Terjengket-jengket kami menapak di atas jalan berais. Kak Iffa terpaksa dipapah kerana tapak kasutnya memang dah out-of-service. Hehe. Alhamdulillah, mujur pejabatnya tidak terlalu jauh, dan masih dibuka. Pekerjanya pula baik hati dan ramah-tamah. Terasa hilang penat bila diberi layanan sebegini. Pekerja tersebut memberikan kami peta Bursa dan menanda tempat penginapan yang dicadangkan. Hanya 200 meter dari situ. Alhamdulillah.

Kami berempat terus berjalan menghala ke hotel berkenaan. Berjalan hingga nampak Ulucamii (Ulu Mosque) dan masuk ke lorong kecil serta melalui pasar basah Bursa. Hotel kecil itu dimiliki oleh pasangan suami isteri yang sungguh budiman. Harga yang dikenakan juga murah. Hati riang bukan kepalang.

Pakcik dan makcik tuan punya hotel kecil yang comel.

Kami bertiga berpatah balik ke Zafer Plaza untuk menjemput teman-teman lain serta mengambil beg. Syok juga meredah salji di waktu malam walaupun kesejukan mencengkam hingga ke tulang.

Tiba di hotel, kami semua terus bersiap-siap untuk masuk tidur. Sebelum tidur, ada bedtime story sejarah bersama Kak Madihah. Mengenai sejarah Bursa, yang suatu ketika dahulu telah berjaya dirampas dari taklukan Byzantine di zaman Osman Gazi. Juga kesinambungan empayar Uthmaniyyah yang diteruskan oleh anaknya Orhan Gazi - yang nama mereka ada terpahat di jejambat bawah tanah di Bursa ini.

Masa untuk tidur. Hari esok dijangka lebih seronok. Selamat malam semua!

Thursday, December 17, 2009

Episod Mencuba

Memanglah aku seorang pencinta makanan yang tegar. Ini ialah episod mencuba resepi baru yang tak pernah dicuba sebelum ini. Kalau nak turut serta cuba-mencuba, dipersilakan =)

Sotong goreng tepung rangup

Resepi dicilok dari MyResipi.com dengan sedikit ubahsuai-perasan-pandai. Mudah dan cepat resepi ni, boleh tambah koleksi resepi 'masakan kilat' untuk kegunaan bila dah bekerja nanti. Hoho. Alhamdulillah, yang ini hasilnya tidaklah terlalu mengecewakan. Setakat nak dapat 2 1/2 out of 5 tu, bolehlah kot, hehe...lagi kes masuk bakul angkat sendiri.

Bahan-bahan :

Bahan A

500 g sotong calamari
Garam secukup rasa

Bahan B

1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar serbuk kari
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
2 biji telur

Cara membuatnya :

Bersihkan sotong dan gaulkan dengan garam secukup rasa.
Gaul rata bahan B kecuali telur.
Pukul telur.
Panaskan minyak untuk menggoreng, pastikan minyak benar-benar panas. Goreng secara deep-fry.
Celup sotong dalam telur, kemudian salut dengan tepung dan goreng hingga keemasan. =))

Salmon sweet sour

Ini hasil air tangan Yeng. Lima puluh bintang aku bagi kepada Yeng di atas kelazatan salmon sweet sour ini. Marvellous! Super-oishi!

Daging bakar air asam

Ini kes mengidam punya pasal. Semasa pergi beraya rumah Kak Ita hari tu, dia hidangkan kami daging bakar dan air asam yang sampai ke hari ini aku masih teringat-ingat. Lalu cubalah buat sendiri. Daging diperap dengan bawang putih, halia, serai dan lada hitam yang dikisar halus. Jangan lupa cucuk-cucuk daging dengan garpu atau pisau semasa proses marinating, supaya rasa bahan perapan tu menyerap habis ke dalam daging. Lepas tu grill hingga masak.

Bahan-bahan untuk air asam :

Asam jawa (sebesar telur)
1/2 sudu teh belacan
2 ulas bawang merah
7 biji cili padi
2 biji tomato
Garam
Gula

Cara membuatnya :

Campurkan asam jawa dengan air panas, kemudian tapis untuk dapatkan airnya.
Kisar sebiji tomato, belacan dan air asam jawa tadi.
Hiris halus bawang merah, tomato dan cili padi, masukkan ke dalam air asam yang yang dah dikisar. Masukkan garam dan gula hingga sebati rasanya. =))

Makanlah sepuas hati, jangan lupa berhenti sebelum kenyang.

Friday, December 11, 2009

Winter Congregation

Alhamdulillah. Winter congregation was over. It was the day when all of the efforts being paid off.

Congratulations to my beloved Apod, Kak Ida, Kak Tiesha, Kak Fira & NJ on your wonderful success!

11 am session. Apod's on stage.

9 am session. Kak Ida's on stage.

Kak Tiesha's congregation on 8th December.

Your success inspire us...

Proud of you!

Wednesday, December 9, 2009

Kak Ema's Day! ^_~


6 Disember - Selamat Hari Lahir Kak Ema!

Alhamdulillah, what a wonderful moment!

Dinner at Shahira - celebrating Kak Ema's birthday and Apod's graduation! ^_^

Yang terakhir sebelum pulang ke tanah air. Disember tahun hadapan, mungkin hanya dapat mengucapkan selamat hari lahir buat Kak Ema tersayang melalui Facebook sahaja. (T_T)

Oleh kerana surprise yang dirancang dah kantoi awal-awal lagi, maka kami pun guna contigency plan untuk tetap membuatkan Kak Ema terkejut di hari lahirnya, hehe.

Cheesecake dan segala hadiah telah disorok di rumah. Biarkan Kak Ema tertanya-tanya.

Selepas dinner dan Kak Ema telah selamat pulang ke rumah, kami semua telah masuk ke rumah 124 Dilston secara combat. Duduk diam-diam di ruang tamu, padamkan lampu. Hehe.

"Kak Emaaaaaa...nak teh susu!" Hazira dan Nazue memainkan 'peranan' mereka.

Susahnya nak bawa Kak Ema ke ruang tamu. Dia masak air kat dapur dulu, lepas tu basuh periuk pulak, haha.

Setelah sekian lama berusaha, akhirnya...

Krekk... "Surprise!!!!!!!!!!!"

Terharu tak Kak Ema? Hehe =)

Selamat Hari Lahir yang ke-23 Kak Ema! Love u lots!

Semoga Kak Ema sentiasa dinaungi rahmat, kasih sayang dan redha Allah dalam setiap detik kehidupan.
Semoga Kak Ema diberikan ganjaran yang besar oleh Allah atas segala bakti dan budi yang tak terhitung oleh kami.
Semoga Kak Ema tergolong dalam golongan orang-orang yang ditetapkan hatinya dan thabat dalam perjuangannya.
Semoga Kak Ema berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi paed suatu hari nanti. =)
Semoga Kak Ema cepat kahwin! ^_^

Insya Allah. Sesiapa membaca entry ini, aminkan doa berkenaan untuk Kak Ema!

Sayang Kak Ema!

Monday, December 7, 2009

Pahala Free, Setiap Hari!

Mengapa manusia dicipta dan apa tujuannya?

Kumpul harta berjuta-juta ke?
Belajar tinggi-tinggi, pecah rekod sana-sini, berebut jadi headline newspaper ke?
Nak kuasa, ada kuasa boleh buat apa saja, dunia ini ana yang punya ke?
Nak berseronok dan bergembira, enjoy life to the fullest babe, taubat nanti tua ke?
Ataupun, tidak ku pinta lahir ke dunia, buatlah apa-apa saja ke?

Allah dah beri jawapannya sejak mula.


"Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku." [az-Azriyat:56]

Allah menciptakan manusia, untuk beribadah kepada-Nya.

Oleh itu, adakah kita perlu beribadah selama 24 jam sehari semalam? --> Ya!


Tapi, adakah itu bermakna, 24 jam harus duduk di tikar sembahyang, rukuk, sujud dan meratib sepanjang masa? --> Mestilah tak!

Habis tu, macamana?

Selain ibadah khusus yang wajib dan sunat - sembahyang, puasa, zakat, haji, baca al-Quran, qiamullail dan sebagainya - apa saja perbuatan baik yang kita lakukan, akan dinilai sebagai ibadah di sisi Allah dan insyaAllah diberi ganjaran oleh-Nya!


Betul ke semudah itu? --> Ya! Mengapa tidak?

Buatlah apa saja perkara yang baik, baik untuk diri sendiri, lebih-lebih lagi perkara yang membawa manfaat kepada orang lain - belajar, hadiri majlis ilmu, ajar orang lain, tolong orang yang memerlukan pertolongan, hatta mengalihkan ranting kayu di jalanan untuk memudahkan perjalanan orang lain pun dikira ibadah.

Alah, tu kan benda-benda baik yang tipikal!

Tidur, makan untuk dapat tenaga untuk beribadah, mandi untuk kesegaran tubuh badan, tolong tutup suis lampu dalam kelas, kemas rumah, masak untuk kenyangkan orang lain, cuci toilet, susun kasut kat rak, beli barang keperluan rumah, buang sampah, bagi tempat duduk kat orang tua dalam bas - pendek kata, memang senarainya tidak akan pernah habis! Semuanya adalah ibadah!!

Betapa mudah untuk mendapat pahala free, setiap hari - malah di setiap detik kehidupan kita!

Pun begitu, mestilah ada prinsipnya.

Mestilah niat ikhlas kerana Allah, bukan kerana manusia, bukan kerana sesiapa, barulah amal perbuatan kita diterima oleh-Nya.

Mestilah perkara yang dibenarkan oleh syarak. Ingat, niat tidak akan menghalalkan cara!

Mestilah menjaga sunnatullah dan syari'atullah. Berusaha dan bertawakal!

Mestilah bersabar dan bersyukur sentiasa. Jangan putus asa, jangan juga cepat lupa diri!

Mesti juga jaga diri dari melakukan perbuatan yang boleh menghapuskan pahala kita sekelip mata. Jaga hati dan pancaindera!

Mari sama-sama perbetulkan dan ikhlaskan niat. Semoga segala perbuatan baik kita diterima di sisi Allah dan dikurniakan ganjaran yang besar oleh-Nya, serta dapat membantu kita di alam sana, yang ketika itu tidak akan ada lagi yang dapat menolong kita selain rahmat-Nya.

*Adaptasi dari pengisian Study Circle Rabu, 2-3.30 pm, Newcastle University Mosque

Wednesday, November 25, 2009

Simple Way To Reduce Stress!

Stress? Apa lagi, jom main masak-masak, lepas tu melantak!

This was the last weekend's diary.
Hari Sabtu, kami satu rumah decide untuk dinner di luar, for the first time selepas dua bulan Shafini dan Erna (serta Ainun) menjadi ahli baru rumah bernombor lapan puluh satu ini. Tempat pilihan, Little Saigon di Bigg Market. Hidangan ala-ala Vietnam. Alhamdulillah, menunya sedap sehingga semuanya puas hati kekenyangan sampai ada yang tertidur-tidur kat restoran, hehehe =D

81 @ Little Saigon : Gabungan baru dan lama

Lemon grass squid, lawan dengan egg fried rice.
Tak sabar lagi mahu serang!

Oleh kerana hari Sabtu satu rumah makan di luar, maka rota memasak aku telah berpindah pada hari Ahad. Pandai-pandai pindah sendiri sebenarnya, hehehe. Oleh kerana sepanjang minggu dah makan nasi, maka di hari Ahad yang mulia ini, bawak-bawak berdiet la semua ye, haha. (Padahal malas masak lauk! Ampuuuun semua!) Makanya, jadilah bihun sup utara dengan begedil ayam. Resepi, dari mana lagi kalau bukan Dapur Hanieliza!

Ada tragedi kronik juga la dengan bihun ni. Oleh sebab tak suka bihun Pakistan yang dekat kedai haji tu sebab dia agak kasar, maka aku pun dengan tanpa usul periksa teruslah beli Lungkow Vermicelli dengan gembiranya, sebab ia nampak lebih halus. Celur punya celur, kenapa macam agar-agar je? Warna 'bihun' tu jernih. Lepas tu, tambah serbuk kunyit, nak utara punya pasal kan. Sekali bihun aku jadi oren daa. Alamak, ini dah lain ni. Nak makan pun tak lalu. Bau pun macam bukan bihun je. Tak pasti samada itu adalah suun atau apa. Yang penting, kesudahannya tetap dengan bihun Pakistan tu. Apa-apa ajelah.

Bihun Sup Utara + Begedil Ayam

Apam Marble

Teringin nak makan apam mekar/apam Indonesia. Dah lama usya-usya resepinya dekat MyResipi dan dekat Fotopages Hanieliza jugak. Tanya mak dan makcik aku jugak. Asalnya apam ni ada tiga warna - putih, merah, hijau tapi sebab saja gatal tangan nak letak cocoa powder, maka jadilah apam kuda belang ni. Biasanya orang buat dalam paper cup. Comel sikit rupanya, tapi malas tunggu punya pasal, pakai seloyang terus. First attempt, biasalah. Perlu banyak improvement lagi. Terlebih letak koko, maka rasanya pahit sedikit. Tersilap bajet bahagi adunan jugak masa nak warnakan. Maka mostly jadi coklat. Bila makan, aku pun confuse, ini apam ke kek kukus? Apa-apa ajelah. Yang penting, eatable.

OK, dah tak stress dah. Dah boleh sengih dah.

Monday, November 23, 2009

Birthday Month Says...

I don't really believe in horoscope or rely my future to those such of 'fortune-teller' things. I know anything that Allah has planned for my life is the best of all, as He is the best planner than whoever.

But something had pushed me to figure out personality from my birthday month (OK, I'm facebooking again, but please forgive me, I don't have mood at all to continue the writing up or review my practical manual for tomorrow's lab, so let me chase my stress away by doing this. At least it's better than sleeping for the whole long night!). Yes, I knew this was non-sensed but I just wanted to see what does my birthday month say about me.
All in greens are my footnotes!

>> Thinks far with vision. Or frankly speaking, I'm always overplanning. Too much plans in my head at the same time. Or thinks far without vision, to be honest.
>> Easily influenced by kindness. Yes, I am! But I don't know whether this is good or not.
>> Polite and soft-spoken. With certain people I guess.
>> Having lots of ideas. Active mind. Overloads of ideas, but I rarely make them reality, and honestly I am not a 24-hour thinker.
>> Sensitive. Easily hurt. Takes time to recover when hurt. I always think that I am invulnerable, but once I got hurt, then I just realized what kind of human I am.
>> Hesitating, tends to delay. Yes, yes, yes. I admit them all.
>> Choosy and always wants the best. Fussy. Kind of perfectionist, but I think I still have some flexibilities. Not too rigid. I am open to accept others no matter who they are.
>> Temperamental. Mood is always swinging. I can laugh in tears. I can cry in smile.
>> Funny and humorous. Loves to joke. This is inheritance. Ask my Dad for details.
>> Good debating skills. Talkative. Friendly. Knows how to make friends. Oh ho ho...this is not me. Most of the time I love to be quiet, and I don't have too much issues in my head to talk about, and I prefer to be alone rather than being lonely in an annoying crowd.
>> Daydreamer. Is part of my life!
>> Abiding. Able to show character. I don't know. Maybe, or may not be.
>> Prone to getting colds. Depends on what situation I am in.
>> Loves to dress up. Well, I prefer to dress smart (must cover aurat, don't forget that!) rather than dress up. I am not such a fashion-holic or something like that. I am really bad in fashion. *Sigh*
>> Easily bored. And it's easily shown. My face will never lie.
>> Seldom shows emotions. I am not wearing any mask. Anyone can easily read my emotions.
>> Brand conscious. Yes, for certain things.
>> Executive. I don't understand what's the meaning of it in context of my life. It's just a prestigious word.
>> Stubborn. Yes, this is the real me. Plus, bad-tempered. And fierce. Don't try to do any experiment with my blood pressure. It's extremely flammable! Risk phrase R12. Chemist should know how hazardous I am.

Other things that I should add
>> Obsessive, loyal. To anything - people, food, etc, etc - even the type of my foolscap paper for writing, and can be as small as Smarties! Once I love, forever I love.
>> Allergic with time. I really hate of being late and make people waiting for me as much as I hate waiting.
>> Love to have a systematic life, although it always ruins everywhere.
>> Homely type person. Homely for me is a kind of sense of responsibility. It's not easy being an eldest in your siblings. I'm willing to sacrifice everything to my beloved family. And they're always on the top hierarchy than everyone else.

That's all what June says.

Saturday, November 21, 2009

Angin

Angin membadai
Sesekali tewas pada kelelahan dunia
Alangkah..
Jika aku menjadi rumput
Tak mungkin luruh dipukul ribut...

Thursday, November 19, 2009

Tuisyen Solat Gajah


Sepanjang 3 bulan setengah bertapa di rumah semasa cuti summer yang lepas, aku memang sangat banyak menghabiskan masa bersama si kecil Gajah, kerana dia yang paling banyak masanya berada di rumah berbanding kakak-kakaknya yang lain.

Setiap hari aku akan mengajak Gajah solat bersama-samaku terutamanya pada waktu Maghrib dan Isyak. Latihan awal untuknya belajar bersolat di rumah, kerana Gajah memang telah belajar teori dan amali solat di tadikanya setiap hari.

Namun belum sempat aku memperturunkan apa-apa ilmu, dia yang sudah lengkap berkopiah terus saja membentangkan sejadahnya di hadapan sejadahku.

"Kenapa pulak Gajah bentang sejadah kat depan sejadah kak? Gajah duduk belakang la. Ataupun duduk tepi. Ikut kak sembahyang."

"Gajah la kena jadi imam. Cikgu kata mana boleh orang perempuan jadi imam untuk budak lelaki. Kak ni tak padan dengan besar, tu pun tak tahu!"

Lalu dengan selambanya dia berdiri tegak di atas sejadahnya, bersedia untuk solat.

"Kak kena ikut Gajah. Jangan rukuk dulu sebelum Gajah rukuk!"

Terus dia mengangkat takbiratul ihram dengan semangatnya.

Aku pun solat seperti biasa. Di belakangnya. Sesekali dia curi-curi menoleh, untuk memastikan samada aku benar-benar mengikut 'imam' atau tidak.

Bacaan dalam solat, Gajah baru lancar al-Fatihah, manakala bacaan-bacaan lain masih ada yang tersangkut-sangkut atau dia lupa dipertengahannya.

Selesai solat, dia telah terlebih dahulu membaca doa tanpa disuruh. Tapi doa makan! Adoi la! Nak tergelak pun ada, tapi aku hanya menahan. Bimbang akan memudarkan semangatnya jika aku asyik menggelakkannya saja. Aku akhirnya memintanya menukar kepada doa penerang hati yang juga dipelajarinya di sekolah, dan kami membacanya bersama-sama.

Selesai saja berdoa, dia bersalam denganku dan terus pura-pura 'bersalam' dengan jemaah lain di sekelilingnya.

"Gajah buat apa tu?"

"Salam dengan malaikat la. Cikgu kata, malaikat pun sembahyang jugak sama-sama dengan kita."

Dush!

"Esok Gajah sembahyang lagi OK. Kita kena rajin sembahyang, baru Allah sayang."

"Allah tu siapa sebenarnya?" Ish budak ni. Soalan aqidah pulak. Salah jawab, bahaya ni.

"Allah tu Tuhan kita, Dia yang cipta semua. Cipta kak, cipta Gajah, mak, ayah, orang lain, binatang, pokok, semua la Allah cipta. Sebab tu kita kena sembahyang."

"Allah tu duduk kat mana?"

Aku terdiam. Macamana aku nak jawab ni.

"Allah ada di mana-mana, sebab Allah boleh perhatikan semua makhluknya."

"Mana ada. Allah duduk atas langit la kak."

Adeh...mau tak mati akal aku dibuatnya.

Oleh kerana setiap hari pun kami bersolat bersama, maka menjadi masalah pula bilamana datang masa uzur syari'e.

"Gajah sembahyang dengan mak la hari ni ye. Kak sakit perut la."

"Tak nak sembahyang dengan mak. Mak sembahyang lama. Kak ni, dah besar pun malas sembahyang. Cepatla kak, Gajah tunggu ni."

"Gajah sembahyang la dulu OK, tak payah tunggu kak." Tengok, betapa 'cerdik'nya jawapan aku. Huhuhu.

"Kak ni malas sembahyang la tu. Cikgu kata, orang sakit pun kena sembahyang la. Kalau Allah marah Gajah tak tahu. Nanti Gajah nak beritahu malaikat jangan kawan dengan kak sebab kak tak sembahyang." Gajah dah 'naik minyak' nampaknya. Mata pun dah mula berair sebab aku tetap enggan untuk bersolat bersamanya. Aku pun satu, tak fikir pun apa-apa alasan yang membolehkan Gajah menerima dengan logik akalnya. Mana si kecil tu tak boikot aku.

Akhirnya mak menyelamatkan keadaan.

"Gajah, sembahyang dengan mak hari ni OK. Gilir-gilir. Mak pun nak sembahyang dengan Gajah jugak, dah lama Gajah tak sembahyang dengan mak."

Senang je mak cakap. Terus terpujuk.

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku bersyukur kerana pada usia sekecil itu, Gajah menunjukkan ketekunannya untuk bersolat, meskipun masih banyak yang perlu dipelajarinya.

Dan Gajah memang sangat sedih sewaktu aku hendak kembali ke sini.

"Kalau kak pergi sekolah England, nanti Gajah nak sembahyang dengan siapa?" Soalnya dengan wajah yang lesu. Ya Allah, berilah kekuatan dan kecekalan pada hati-hati kami.

"Gajah boleh sembahyang dengan mak, ayah, takpun tok. Kalau Abang Abu, Kak Chik atau Kak Teh balik, boleh sembahyang dengan diorang. Tapi Gajah kena janji dengan kak jangan tinggal sembahyang OK? Gajah good kan?"

Dia mengangguk. Dalam matanya yang berkaca, dia menghulurkan jari kelingkingnya ke arahku. Aku menyambutnya. Itu tandanya dia berjanji.

Gajah, semoga dirimu membesar menjadi insan yang selalu meletakkan Allah di dalam hati. InsyaAllah.

Tuesday, November 17, 2009

My Love, My Proud

Gajah (wearing green Baju Melayu) received his academic award for 5-year-old categories (2nd place)

Gajah led the 5-year-old nasyid performance =))))

Gajah and his company - Hafiz & Lateef (Irfan was missing during the photoshoot)

Miss my chatty little brother so damn hard...isk..isk..

Thursday, November 12, 2009

Apa Dah Jadi?

Ada seorang beliau.

Lately beliau merasakan kehidupannya sangat tidak terurus. Sejak suhu makin menjunam dengan gembiranya, susun atur hidup beliau pun mula kucar-kacir tak tentu hala.

Lepas maghrib mata beliau dah mula berpinar-pinar, mentang-mentang malam awal. Bertahan, bertahan! Puas menongkat mata, akhirnya beliau tumbang jua sebelum waktunya. Ya Allah, lemah semangat betul la beliau ni!

Tak apalah, biarkan beliau beradu. Beliau 'syahid' awal dengan harapan dan azam yang setinggi Menara Taipei 101 bahawa beliau akan bangun awal pagi esok! Mesti bangun! Mesti!

Pukul 4.30 pagi - Simple Plan melalak-lalakkan Welcome to My Life di tepi telinga beliau dengan sungguh lantangnya.

"Sejuknya nak bangun!"

Lalu beliau mensnoozekan alarm beliau selama lima belas minit lagi. Dan begitulah seterusnya sehinggalah beliau telah terlajak dari waktu yang sepatutnya beliau bangun. Subuh dah masuk. Susahnya beliau nak keluar dari duvet beliau yang tebal itu. Beliau seakan terpaksa 'berjihad' dengan diri beliau sendiri untuk bangun mengerjakan suruhan Allah yang terpenting itu.


Perihal makan pula, di musim-musim beku ini, perut beliau memang tak mampu bertahan lama. Pukul 7 beliau breakfast, pukul 10 dalam lecture perut beliau dah pun mula buat konsert rock and roll. Dan di masa belajar, beliau seakan tak boleh berpisah dengan segala-mala junkfood yang tak memberi faedah langsung kepada kesihatan diri beliau. Makanya, beliau asyik makan, makan dan makan saja. Lepas tu beliau tidur, tidur dan tidur pula. Ayooo...

Apa dah jadi ni?

Semoga beliau diberikan kekuatan untuk memperbetulkan kembali cara hidup beliau kepada yang normal, serta tidak ekstrim di mana-mana sudut.

Sekian merapu-rapan untuk hari ini.

Monday, November 9, 2009

Menjadi Guru Part I



Video ini sebagai mukadimah untuk bakal-bakal pendidik semua.

Dalam keadaan diri yang selalu dilingkungi keselesaan,
lahir dan membesar dalam persekitaran yang mengikut arus zaman,
disedia segala jalan dan kemudahan mencari ilmu pengetahuan,
dan hajat yang tidak pernah tak kesampaian,
aku harus ingat pada ribuan lagi anak bangsa yang tinggal jauh di ceruk desa,
yang harus aku gapai tangan mereka,
yang harus aku celikkan hati dan minda mereka.

Semoga aku sanggup menjadi lilin yang akan membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain.

"Saya cinta profesion keguruan"

EAP MOE '09

Excellence Academic Programme 2009 organised by Education Sponsorship Division MOE, at the University of Warwick, Coventry, 7-8 November 2009.

With Dato' Kamaruzaman Mohd Noor, Deputy Secretary (General Management) MOE

With Encik Ihsan Ismail (Deputy Director of EPRD MOE) and Mr Gurcharan Singh (Deputy Director of Aminuddin Baki Institute)

Ex-ALEDians INTEC - future excellent educators insyaAllah

'Ku bawa nama Newcastle University ke persada pentas EAP' =))

"Saya cinta profesion keguruan"

Thursday, November 5, 2009

Sebiru Hari Ini



Dedikasi untuk teman-teman seperjuanganku
- dulu, kini dan selamanya.

Ideals are like stars,
You'll not succeed in touching them with your hands,
but
like seafaring man on desert of waters,
You choose them as your guide,
And following them,
You reach your destiny

-Carl Schurz-

Sunday, November 1, 2009

Do Ask Him!



Do you ever feel like breaking down?
Do you ever feel out of place?

Do you ever wanna runaway?
Do you lock yourself in your room?
With the radio on turned up so loud
That no one hears you screaming

I couldn't avoid of feeling depressed sometimes,
though I tried to be as happy-go-lucky as I can.
I tried to pretend as I'd no problems at all,
but deep inside my heart, who knows?
The point is not how really stressed I am,
but what's the best way to manage this kind of feeling?

Here I wanna share something.

First of all,
believe in your heart that
every problem must have the solution.
Pray. Pray. Pray.
Ask Allah for anything.
Because He has the answers for everything.
He will listen to us.
And he will answer us.

Allah promises us in Surah al-Baqarah verses 186 ;

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

And if My servants ask thee about Me - behold, I am near; I respond to the call of him who calls, whenever he calls unto Me; let them, then, respond unto Me, and believe in Me, so that they might follow the right way.

Sometimes,
we always forget that
we might leave Him behind in our everyday life,
but bear in our mind that He'll never leave us.

So,
La takhaf, wala tahzan - innAllaha ma'ana..

Friday, October 30, 2009

Shoes Hunting

Skechers Patchwork
Clarks Frizzy Record

I felt like to have new pair of shoes after not grabbing any for quite a long time. *Keperluan atau kehendak?*

Last time I bought my black and white Skechers from TK Maxx was around Easter 2008, for only £19. *Hidup sampai hari ni ye, bagus betul, murah dan sangat lasak*

Then the story of shoes-hunting began almost 3 weeks ago after I realized my Skechers slowly become 'hopeless' to support me on any slippery path. *Mestilah mahu elakkan kes kasut makan tuan*

I did proper surveys this time - looking for the most worth-buying footwear - went to several shoe-stores in town for many times, compared prices here and there, internet surveys, available sizes, etc etc etc. I do not mind of investing quite significant amount of my pounds (OK, set a limit here, not more than £40) - for a pair of footwear which I'll use it as long as it's still in good condition - 2 years? 3 years?

By the way, I haven't decided yet which one will be my next 'enemy'.

Kasut oh kasut. Fikir nak beli kasut pun boleh buat tak tidur malam.

Oh, alangkah sibuknya kita dengan dunia.

Wednesday, October 28, 2009

Put First Things First


Everyone has the will-and-won't power.

وَالْعَصْرِ

إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ

Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian...

*Adapted from The 7 Habits of Highly Effective Teenagers, Sean Covey