Saturday, December 17, 2011

Apalah Guna...

Apa guna lelaki kacak, kalau baca al-Quran pun merangkak-rangkak
Apa guna perempuan cantik, kalau 12 tengahari pun tak celik-celik
Apa guna besar panjang, kalau fardhu ain pun lintang pukang
Apa guna hidup mewah, kalau nak solat sikit punya payah
Apa guna sebagai manusia, kalau umur yang diberi terus dipersia
Apa guna harta melimpah, kalau nak bersedekah pun payah
Apa guna pangkat besar, kubur dah dekat pun masih tak sedar

Renung-renungkan dan selamat beramal!

Monday, December 5, 2011

Penang Getaway!

Got a chance to go to Penang just before going back home. I personally do love Penang, apart from its hustle and heavy traffic jam. This time ayah just drove randomly as it was too late to think of visiting Butterfly Farm or Spice Garden or riding up to Penang Hill. We then ended up heading to Batu Feringghi, stopped at Miami Bay having a bowl of hot Penang Laksa with peaceful evening beach scenery.

Then we stopped at Penang Floating Mosque in Tanjung Bungah to perform prayer before heading back to Georgetown and had a short city tour. Heavy traffic jam on Penang Bridge, so it took us almost an hour to reach the mainland side of Penang. 

The USM signboard looked tempting. And in my head, nothing else came except for MSc. Should I?

Sunday, December 4, 2011

Rumah Siap Pahat Berbunyi

Alhamdulillah.
Berjaya juga siapkan manual pengurusan sekolah 2012 sebelum berangkat pulang ke rumah.
Siap tu, dalam erti kata, saya melihat sendiri hasil kerja dicetak di hadapan mata.
Kalau tidak, susah juga.
Bukan tak tahu perangai Microsoft Word yang suka mengubah margin tanpa disuruh.
Saya sudah banyak kali telan air liur sambil karate dinding sepanjang proses ini.
Dalam dunia yang maju ini kita tidak perlu lagi bekerja secara ortodoks dan menjela-jelakan sesuatu yang tidak perlu.
Simple living high thinking bukankah lebih mudah?
Saya bersedia menerima sebarang kritikan untuk penambahbaikan.
Saya sedar saya masih baru dan setiap perkara yang dilakukan adalah dalam proses belajar.
Tapi adalah lebih afdal jika tidak berbunyi di belakang, sebaliknya suarakan sahaja.
Lebih-lebih lagi jika buku telah siap, dan baru hendak disoal pula di hutan mana kertasnya berasal.
Apabila ada banyak kepala, dan setiap satunya tidak mempunyai kesatuan, maka kecelaruan akan berlaku.
Jadi sedikit ketegasan perlu untuk mengelakkan kecelaruan itu merebak lantas memporak-perandakan segala-galanya.
Apalah yang saya merapu ni.
Buat kerja apa pun, tak kira kita siapa, orang muda, orang senior, boss, kuli, dan tak kira apa skop kerja kita sekalipun.
Tanyalah hati sendiri.
Kita bekerja untuk siapa dan kerana apa.
Kalau bukan kerana Allah, maka baliklah bermuhasabah sedalam-dalamnya.
Selalulah kita ingatkan diri kita.
Tiada manusia yang terlepas dari kesilapan.
Tiada manusia yang tidak mempunyai kekurangan.
Tapi apa kata dalam kurang dan lebih itu, kita jadikan ia satu.
Yang saling melengkapi.
Bukankah ianya lebih indah?

Thursday, November 24, 2011

Lebai Malang

Tengah pulun siapkan manual pengurusan sekolah 2012
Waktu itulah adaptor laptop nak buat hal, maka tak dapat caj
Tak tidur malam fikir takut tak siap
Bukannya rajin atau bersungguh sangat
Cuma itu sudah jadi tanggungjawab
Saya memang sedikit pantang buat sesuatu secara caca merba
Ala-ala perfectionist pun ye
Bukan begitu sebenarnya
Buatlah apa-apa kerja baik pun biarlah kerana Allah
Tak perlu harapkan apa-apa balasan
Kalau sekadar nak dapat pujian, tak dipuji nanti kecewa
Kalau sekadar nak dapat ganjaran, tak dapat nanti merana
Kalau niat kerana Allah, dunia dapat, saham di sana pun percuma sekali
Itu lagi best kan?
Saya memang puas apabila melihat sesuatu itu berkeadaan sempurna
Semalam pergi Kamunting, tiba-tiba sampai kedai, laptop berperangai elok pula
Balik rumah buat hal semula
Sudahnya nak tak nak terpaksa turun Kamunting lagi, seorang diri
Sumpah bosan jalan sorang-sorang
Nak makan kat kedai pun tak gembira
Sudahnya tapau makan di rumah saja
Macam tak percaya saya telah drift di jalan kelapa sawit Semanggol 100 km/j
Saya memecut tanpa sedar, maafkan saya
Pergi kedai akhirnya memang sah adaptor rosak
Nak tak nak kena beli adaptor baru jugak
Kalau tak kerja tak akan siap dan saya tak tergamak nak bercuti-cuti Malaysia di Semanggol saja
Di zaman belum dapat gaji ni, melayang pula RM99 untuk adaptor baru
Keluar kedai ada surat merah terselit dekat wiper kereta
Aduhhhhhh saman parking pula!!!
Duit pun terbang dengan gembira
Agaknya banyak dosa kot sehari dua ni
Tuhan nak beri peringatan agar cepat-cepat berpaling kembali

Sunday, November 20, 2011

Men-Doli-Kan Diri

Semua orang telah menghasut diriku ini agar segera menyerbu Doli Kue Teow yang letaknya entah di mana di tengah bandar Taiping itu. Ikutkan hati amat malas hendak buat marathon di tengah bandar lama Taiping yang bersimpang-siur itu semata-mata untuk makan sepinggan kue teow goreng, satunya sebab Doli Kue Teow tidak dapat dikesan oleh Google Map, keduanya ialah saya masih rabun ayam dengan jalan-jalan di bandar Taiping yang amat banyak simpangnya.

Gesaan demi gesaan membuatkan saya menggigihkan diri untuk mencari Doli bersama Adik tempoh hari. Jenuh nak mencarinya, sampai kami berdua sama-sama menggigil kebuluran, hehsss. Tak susah pun sebenarnya nak cari kalau tahu simpang yang betul untuk dimasuki. Doli terletak betul-betul depan Klinik Kesihatan Taiping.


Lalu kami pun terus membuat pesanan. Dua kue teow goreng biasa. Test power dulu sebelum pesan yang pelik-pelik. Menu yang ada di sini memang terhad - kue teow goreng biasa, kue teow goreng special, kue teow sup, mee kari, mee rebus dan nasi ayam.

Pelanggan tak berapa ramai sewaktu kami berkunjung ke sana, masa tu hari Isnin, dah pukul 3 petang. Tapi hendak tunggu dua pinggan kue teow memakan masa juga, dalam 20 minit lebih. Nasib baik kedainya berhawa dingin, kalau tak satu hal pula nak berkipas-kipasan dalam kelaparan.



Taraaaa...inilah kue teownya. Berbaloilah menunggu sekian lama, kerana memang sedap! Kaya dengan lauk-pauk di dalamnya. Saya jamin kalau makan kue teow goreng special mesti lagi banyak lauknya. Adik tanpa berlengah lagi terus membaham kue teownya dan dalam masa beberapa minit saja sudah licin.

Overall, Doli sangat OK dan memuaskan, except for serving time, kalau boleh cepatkan lagi bagus rasanya.

Saturday, November 19, 2011

Tak Rasa Macam Cuti

Sudah tiada perasaan teruja menyembut ketibaan cuti sekolah seperti zaman muda-muda dulu.
Cuti sekolah sudah bermula, pelajar sudah berpusu pulang ke kampung halaman tengahari semalam.
Pelajar tingkatan lima dan enam atas masih meneruskan perjuangan.
Pelajar tingkatan empat ditahan sementara untuk kelas persediaan menghadapi tahun hadapan.

Dan saya, masih setia di tanah Semanggol walaupun asrama sudah semakin sunyi.
Bagus juga dikelilingi lambakan kerja sebegini.
Balik rumah pun membuang waktu sepanjang hari.

Friday, November 18, 2011

Why

we have to be separated, and choose our own way, and pretend like we never met and fell in love before?

Every second is really hard to endure, when we are forced to leave our loved one, because others can't see all the love that grow between us.

Is that a fate?

Or is that I am too weak, keep bursting into tears when thinking of the 4 years of relationship, had almost gone in a blink of eyes?

Why me? Why us?

O Allah, only to You I put my trust and my hope. Help me ya Allah, to stand strong facing the unseen future.

Sunday, November 13, 2011

Sedih

...sebab tak dapat hadir ke majlis perkahwinan Kak Long dan Abang Arman hari ini.
Saya telah membayangkan yang diri saya berada di sana, membantu apa yang patut di tengah keriuhan majlis.
Apabila ada yang sudi menganggap diri kita yang kerdil ini sebagai ahli keluarga sendiri,
saya merasakan sudah menjadi sebahagian dari tanggungjawab untuk turut berbakti kepada mereka, seperti mana saya melakukannya kepada keluarga sendiri.
Saya hanya mampu memandang sayu ke arah sepasang baju kurung ungu yang baru dibeli, yang saya sepatutnya pakai di hari kenduri mereka, sambil menangis sedih untuk kesekian kalinya.

Lewat ini kadang-kala terasa diri terlalu lemah bila memikirkan persoalan masa hadapan yang belum pasti.
Kak Long sudah selesai gilirannya, kami pula bagaimana?
Adakah kami juga turut ditakdirkan untuk menoktahkan perhubungan dengan ikatan pernikahan?
Adakah takdir masih bersimpati dengan kami?
Mengapa saya dan dia yang harus menempuh jalan sesukar ini?
Mengapa kami yang dipilih untuk mengharung rintangan yang hebat ini?

Akhirnya saya menangis lagi.
Dia juga begitu, cuma tidak menzahirkannya dan hanya menangis di dalam hati.
Kami masih tidak jemu berdoa dan hanya mengharap simpati dari Ilahi.
Agar menemukan kami dengan saat dan ketika.
Untuk kami mengikat hati dan melafaz cinta.
Dalam hembusan redha dan kasih sayang-Nya.

Saturday, November 12, 2011

Kuala Gula

Having fresh and scrumptiously cooked seafood, free of charge, at a floating restaurant with mangrove scenery on a windy day, is a total bliss!

Laketown Clubhouse

Jumpa tempat makan baru di sebalik rimbunan kelapa sawit Semanggol
Laketown Clubhouse
Nama macam eksklusif
Tempat pun cantik dan nampak macam untuk orang kaya
Sebelah dia siap ada kolam renang lagi
Tapi rupanya
Harga untuk makan tengahari lebih murah dari kantin sekolah
Yang penting, sedap!

Buat Jahat

...sikit je jahatnya.
Beramal kebajikan sebenarnya tapi ada sedikit unsur jahat di situ.
Tapi kantoi dengan Uncle Di Mana-Mana
Nampaknya sudah tak boleh jadi heroin macam zaman sekolah dulu lagi
Totally unsafe!

Tuesday, November 1, 2011

Mengapa Mesti Begini?

Ya Allah
Apa yang sedang Engkau cuba tunjukkan pada hamba-Mu yang lemah ini
Sungguh aku tak berdaya upaya
Satu demi satu hijab telah kau buka dengan luasnya
Adakah aku yang masih enggan celik hati dan masih menilai dengan buta?
Cinta tak semestinya akan bersama
Tak cinta tak semestinya tidak mampu untuk bahagia
Tidak?

No, It Can't Be...

...end of January 2012. 25th January to be exact.
Which is longggggggg away from today.
And today is only 1st of November.
Sometimes system and management are just too cruel.
And there's no way of hopes except from Allah.

Sunday, October 30, 2011

Sumpah Penat

....jadi warden!
Bukan senang nak jaga 500 anak dara orang.
Terasa amat tua diriku ini.
Di usia 24 macam-macam kerenah yang perlu dihadapi.
Jangan stress, senyum saja.
Anggap saja ini latihan industri andai esok-esok punya 4-5 orang anak dara sendiri.

Banyak sangat nak cerita, tapi masa mencemburui kita.
Dalam tak sedar dah 4 minggu saya bekerja.
Sangat banyak pengalaman berharga.

Wednesday, September 28, 2011

Lazy, But It's Not Time To Delay...

Packing is the most unwanted thing to do!

If and only if I can hire Doraemon and all of its magic tools to help me pack all my things up.

Oh come onnnnnnnnnnnn, cikgu kena bersemangat!!!!

Monday, September 26, 2011

?!!!

Serabut otak dan semak kepala!!!!

Sunday, September 25, 2011

Akibat Berenang-renang ke Hulu...

Ahad depan dah nak berangkat ke Perak dan satu apa pun saya belum buat!

Padan muka padan muka padan muka!!!

Untuk menyelamatkan nyawa sendiri dari tercungap di saat akhir, maka saya perlu senaraikan segera segala perkara yang perlu saya buat, sebelum hari Sabtu tiba!

Strikethrough means done!

1. Pergi JPJ, buat lesen memandu baru (lesen sedia ada tercicir entah ke mana)
2. Pergi JPN, tukar IC baru sebelum birthday ke 25 nanti kena denda
3. Pergi Bank Islam, buat akaun baru untuk gaji, hehehe
4. Pergi Tabung Haji, buka akaun, ambil borang pemotongan gaji bulanan - tak sempat
5. Pergi KWSP, isi borang caruman, ambil penyata yang ada nombor ahli
6. Pergi Celcom Centre, bayar tunggakan broadband, terminatekan - tak jadi
7. Pergi HUSM, menyerah diri kepada dentist, tampal gigi sebelum sakit seorang diri - tunda sebab takut
8. Pergi Perodua, servis kereta
9. Pergi Car Wash, cuci kereta dan check angin tayar semua sekali
10. Pergi print gambar passport
11. Photocopy semua dokumen penting - sijil-sijil, buku akaun or statement yang ada nombor akaun, penyata KWSP yang ada nombor ahli
12. Ambil baju dari tukang jahit - baju tak sempat siap, cis!
13. Beli tudung sehelai dua dan brooch (sempat lagi)
14. Beli barang keperluan macam alat tulis dan toiletries
15. Pilih baju kurung yang sesuai untuk dibawa bekerja
16. Packing segala-gala barang
17. Kemas bilik dan rumah sebelum berangkat
18. Google-satellite dan printkan peta-peta yang mustahak to and fro sekolah
19. Buat checklist barang keperluan
20. Buat nametag baru

Phewwww..pitam~

Wednesday, September 21, 2011

Bumi Mana, Tanah Yang Mana...


...daerah mana, sekolah mana, hutan mana, gunung mana dan budak mana yang akan jadi mangsaku?!

Hanya mengharap yang terbaik dari-Nya!

Tuesday, September 20, 2011

Ya Allah.....

Sakit.
Pedih.
Terluka.
Sedih.
Kecewa.

Ya Allah, kuatkan aku.
Aku lebih rela hilang cintanya dari hilang rahmat dan kasih sayang-Mu.
Ya Allah, kuatkan aku.
Pegang kejap hatiku ya Allah.
Jangan biar ia tersasar dari jalan-Mu.
Ya Allah, kuatkan aku.
Dan ubatilah luka di hatiku.

The Most Awaited Answer...

It's released, finally.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. The answer is - Perak - for my first posting.

I wasn't 100% sure on my decision when I filled the application form last January.

Johor - my first and foremost choice - was totally rejected by mom.

And at that time, I felt really hopeless and clueless on where I should head to.

I put Perak just because of mom, totally for the sake of her happiness.

With a slight hope that mom's instinct might be the best, as it must come from Allah too.

And I asked Allah to give me the best, from His side, not from my side.

And now I know that Allah is giving me the answer.

Ya Allah Ya Rahman Ya Fattah Ya 'Aleem

You know what's the best for me, for my future, for my life as a whole.

Give me strength and patience and sincerity and passion to be a good educator.

Bless me and guide me ya Allah.

To open the eyes and mind of our young generation.

That Allah has to be in the first place, in every inches of their lives.

Sunday, September 18, 2011

A Friendship, Will Never Have An Ending!

Reunion at Laila Fasyah's wedding, Dewan Merak Kayangan, Balai Felda.

From left : Sue, Jannah, me, Yaya, Laila, Faz, Pija, Zila, Bobo

Just after the reception, all of us together with Tanggang ALG9 INTEC.

Everyone is actually hungry, but to retain a smile in camera is a must!

  
IPDA's classmates. Meeting everyone is a moment to cherish.

  
 Everyone is happy. Alhamdulillah. Asking for another reunion, then who want to get married next?

Thursday, September 15, 2011

Soto Ayam Anyone?

Uwaaaaa....sumpah dah lama benar tak masak! I mean masak sendiri start from scratch! Memang amat mengaku sejak balik Malaysia summer tahun lepas liat sungguh nak ke dapur berketang-ketung dengan periuk kuali. Setakat tolong-tolong mak tu adalah sikit-sikit, tapi masak the whole dish memang dah lama tak buat. Sungguh dahsyat dan agak-agak ada ke makcik yang nak buat menantu kalau sebegini gaya? memalukan diri sendiri.

Jadi alkisahnya tiba-tiba saja teringin nak makan soto ayam. Gara-gara makan soto dekat satu open house dan saya makan bertambah dua kali sebab sangat sedap, nak tambah untuk kali ketiga terasa amat malu, maka alternatifnya tak lain tak bukan memang kena buat sendiri! Bukan senang nak datang mood rajin masak soto ni, nak buatnya senang tapi leceh sebab banyak perkara yang kena sediakan.


Jadi mahu simpan resepinya, next time buat boleh guna resepi sama. Lain kali mahu cuba soto tulang, mesti lagi kawww.

Soto Separa Jowo

Nasi Impit

1 cawan beras siap dibasuh untuk 1 plastik saiz sederhana - kot-kot nak cuba buat nasi impit manually
Senang-senang rebus je ketupat nasi Adabi lebih kurang 1 jam setengah hingga 2 jam

Ayam Carik

3 keping dada ayam bertulang
2-3 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - diketuk

Rebuskan hingga mendidih dan ayam cukup masak. Toskan ayam, carik-carikkan isinya. Tulang ayam tu, baling balik dalam periuk.

Kuah

4-5 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - hiris nipis
2 keping hirisan nipis lengkuas
1 batang serai - dititik
1 bunjut rempah sup
Kulit kayu manis
Bunga lawang

Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga agak garing. Masukkan yang lain-lain dan tumis dengan brutalnya hingga naik bau. Masukkan secawan air dan biarkan mendidih. Tuang kesemuanya ke dalam periuk yang mengandungi air rebusan ayam tadi, masukkan garam secukup rasa dan didihkan sekali lagi.

Begedil

4 biji ubi kentang
3 ulas bawang merah - dimayang halus
2 tangkai daun sup - dicincang halus
1 sudu lada sulah - ditumbuk bersama sedikit garam
Sedikit tepung jagung
1 biji telur - dipukul

Rebus ubi kentang hingga empuk. Tumbuk sedikit supaya lumat dan senang digaul. Gaulkan dengan bawang merah, daun sup dan lada sulah yang telah ditumbuk. Campurkan sedikit tepung jagung. Bentukkan menjadi bulat atau leper atau pentagon atau apa sahaja. Panaskan minyak, salutkan begedil dengan telur dan goreng hingga kuning keemasan. Toskan.

Sambal kicap

Cili api secukupnya - saya gila pedas, maka saya bubuh RM2 cili api
Kicap masin/manis
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu makan bawang goreng

Kisar halus kesemuanya. Didihkan seketika di atas api.

Bahan sampingan

Suhun/laksa cina - digoreng
Kacang tanah - digoreng - tapi saya tak letak
Daun bawang - dihiris halus
Bawang merah - digoreng garing
Taugeh - pun saya tak letak, lupa

Bon Apetite!

Wednesday, September 14, 2011

Chinese Muslim Food At Mohd Chan

Hendak dikata pertama kali mencuba makanan Cina, tidak juga. Tapi mungkin ini yang pertama kali makan secara betul-betul ie lunch. Umi dan Pod yang membawaku dan Yeng ke Mohd Chan - Chinese Muslim Restaurant di Seksyen 15 Shah Alam. Walaupun sewaktu kami sampai lunch hour dah hampir ke penghujungnya, tapi pengunjung masih lagi ramai menyantap hidangan masing-masing dengan penuh selera. Wah, there must be something scrumptious here, I guess.
 

Interiornya simple yet convenience. Ade air-cond. Cuma mungkin kalau datang di saat peak hour akan rasa rimas sebab manusia ramai sangat. Serving time not bad, taklah berjanggut sangat menunggu hidangan tiba.

On that day kami makan...


Thai Chicken. Crispy fried chicken with onion and Thai sauce yang rasanya masam-manis gitu. Sedapppp! Yang ni kami ratah-ratah macam tu je sebab dia sampai dulu dari nasi. Haha.


Yam Basket Kong Boh Seafood. Yang ni paling unik dan tak pernah jumpa kat mana-mana lagi setakat ni. Ke saya yang jakun eh? Apapun ini memang sangat sedap. Keladi tu dibuat bakul atau macam lubang atau macam mangkuk pun ya jugak, isinya lemak-lemak gitu, luarnya rangup, cukup rasa, memang sedap. Di dalam basket tu ada seafood - sotong dan udang yang dimasak dengan cili kering dan sejenis sos dan ditabur gajus di atasnya. Dihidangkan dengan suhun goreng. Kalau sesiapa yang sukakan kelainan, yam basket ni memang worth trying. Excited pulak berebut nak robohkan basket tu, hehe. Dan akan sangat kenyang bila habiskan isi keladi tu!


Siakap stim asam.Yang ni pun marvellous! Abaikan muka ikan yang buruk tu, janji isi dia best! Kuah stim tu ada rasa masam sikit. Ada kelainan dari siakap stim yang biasa-biasa tu. Sedap, silalah cuba!


Stir-fry Mixed Vege. Dulu mungkin daku memandang enteng saja sayur-sayur ini. Tapi sekarang tidak lagi! Syok pulak makan sayur dengan nasi panas. Rasa amatlah rugi sebab tak makan sayur dari kecil. Tak mati pun rupanya makan sayur ni haa. Ada anak-anak esok, siaplah saya kerjakan bagi makan sayur sampai hijau!


Butter Prawn. Yang ini tak usah cakaplah. Memang sentiasa sedap. Rasa macam nak telan semua je dia punya rambu-ramba tu, nasiblah dah kenyang sangat!

Overall, bagi 4.5 out of 5 for the food, service, price, restaurant and everything. Kalau sesiapa sukakan makanan sihat lagi berkhasiat, elok benarlah mencuba hidangan Cina ni. Memang rasa sangat sihat (except for butter prawn la, hehssss). Oh ya, as appetizer kami cuba satu set dim sum ayam. Pun sedap. Ada pau jugak dekat kedai ni tapi dah kenyang sangat nak sumbat lagi.

Mohd Chan Restaurant ni ada banyak cawangan rupanya, tapi kesemuanya di Selangor/Lembah Klang. Harapnya Encik Mohd Chan akan tergerak hati nak buka cawangan di Kelantan, dijamin laris sepanjang masa! Boleh refer website dia for info or untuk skodeng menu-menu lazat.


Thanks so much Umi & Pod for lunch treat. Moga Allah lapangkan dan murahkan rezeki Umi & Pod.

 

Dua budak kampung yang kelaparan~

Ils sont juste mariƩs!

 Nik Dewi (ex-Naim-mate) & Fashah
 
 Isz (ex-Naim-mate) & Qimi

 Rose (Classmate KPLI-PPC) & Amali

Wanie (ex-Naim-mate) & Bad

Kak Syah (senior Naim & INTEC) & Faiz

 Fasyah (Classmate INTEC & KPLI-PPC) & Riza

Infinite happiness for all. May all of you have a blessed marriage, and live happily ever after.

Thursday, September 8, 2011

Tiada Duka....


Copyright reserved.

Monday, September 5, 2011

Bila Akan Berakhir?

Penantian itu satu penyeksaan

Tolonglah beritahu
Kalau lambat katakan lambat
Tidaklah daku terkulat-kulat

Cuti belajar tak sama dengan cuti menganggur

Naik rimas dengan soalan
Bila nak kerja?
Bila mula kerja?
Laa...ambil cikgu pun tak dapat kerja?
Grad overseas pun menganggur??

Diiringi senyum sinis yang menyentap jiwa

Aduhai..siapalah saya untuk menentukan semuanya
Ketentuan dan keizinannya, sudah tentu datang dari Allah jua

Doa yang baik-baik saja tidak bolehkah?

Bosan dan muak dengan 1001 dalih dan alasan orang atasan

Bawak-bawaklah bersabar, posting lepas raya

Bulan 1 2012 pun lepas raya encik.........

Sunday, August 28, 2011

Bila Dah Penat...

Hari ini buat macam-macam benda dari pagi hingga berbuka
Terasa penat dan sangat perlukan rehat
Tapi ingkar, terus bekerja
Maka natijahnya satu hasil pun tiada


Semua benda tak menjadi malam ni! Nak tidur dulu, selamat malam.

Situ Sini Sesak

Ramai orang balik beraya
Sesak di jalan raya, di pasar raya
Ini jalan kampung, jangan dibuat sesuka hati seperti jalan di kota
Dan kau tak perlu berlagak seperti raja
Hanya kerana kau bermastautin di kota raya
Kerana tiada sedikit pun yang boleh dibangga
Sekadar kereta mewah dan pakaian berjenama
Yang perempuan, sepertinya kau merasa hebat kerana berfesyen arus semasa
Walhal lebih ramai yang jelik dari sopan pakaiannya
Masjid, semakin akhir Ramadhan semakin kurang safnya
Akhir bulan mulia dicemari perilaku manusia yang rendah akhlaknya
Ya Allah, bantulah kami untuk mencelikkan mata generasi muda
Agar meletakkan-Mu di tempat paling utama, dalam segala perkara

Moga Dipertemukan Lagi

Ya Allah
Temukan kami dengan bulan mulia-Mu yang penuh barakah ini di tahun hadapan
Kurniakanlah kami keampunan & rahmat-Mu
Semoga Ramadhan kali ini
Menjadi tarbiah buat kami untuk meneruskan kelangsungan hidup di bulan-bulan akan datang

Friday, August 26, 2011

Misi Servis & Make Over!!

Bukan rumah saya, tapi rumah atuk. =)

Atuk tinggal berdua je dengan nenek sekarang, bertemankan kucing-kucing. Dah tak larat nak berkemas bagai macam muda-muda dulu untuk berhari raya, jadi apa salahnya saya tolong mereka. 

Sebelum

Semasa (Tok ayah in action)

Selepas

Misi yang kecil tapi menggembirakan mereka, membuatkan saya bertambah-tambah gembira. Sayangnya saya tak bekerja dan tak berduit pula, kalau tak mahu saja saya borong langsir-kerusi-meja-karpet-pinggan mangkuk-periuk belanga-etc baru untuk atuk dan nenek. Tapi tak mengapa, insyaAllah ada rezeki lebih nanti bolehlah saya berbelanja untuk mereka pula.

p/s : Tak sabar nak makan nasi dagang ikan tongkol masakan nenek di hari raya. Saya nak makan tiga pinggan!

Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna

Patience is not the ability to wait, but the ability to keep a good attitude while waiting - Unknown

Ramadhan kali ini, saya banyak belajar tentang...

1. Sabar dan syukur itu indah

ŁŠَŲ§ Ų£َŁŠُّŁ‡َŲ§ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų¢Ł…َŁ†ُŁˆŲ§ْ Ų§Ų³ْŲŖَŲ¹ِŁŠŁ†ُŁˆŲ§ْ ŲØِŲ§Ł„ŲµَّŲØْŲ±ِ ŁˆَŲ§Ł„ŲµَّŁ„Ų§َŲ©ِ Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„Ł„ّŁ‡َ Ł…َŲ¹َ Ų§Ł„ŲµَّŲ§ŲØِŲ±ِŁŠŁ†َ

Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. [2:153]

Saya menempuh Ramadhan kali ini dengan pelbagai dugaan. Menunggu panggilan kerja yang entah bila, bebanan hutang, emosi tertekan kerana rasa diri semacam membebankan mak dan ayah sejak jadi penganggur, kereta accident, sakit lutut yang tidak diketahui sebabnya, kuih raya hangus beratus biji kerana oven buat hal, baju raya tak siap dan sebagainya. Allah, besar sangatkah dugaan ke atas saya sampai saya sudah hendak mengeluh itu dan ini? Alangkah terasa malu dan hinanya diri ini di mata Tuhan. Bukankah setiap apa yang berlaku itu adalah atas keizinan dari-Nya juga, dan pastinya telah dijanjikan hikmah tersendiri? Orang bersabar tak akan rugi, kan?


2. Menangis itu menenangkan


Kadang-kala, bersendiri dan menangis itu lebih baik. Resah terhambur, gundah terlebur. Moga Allah terus kurniakan ketenangan yang dicari.

3. Berdoa dengan sepenuh penghayatan dan pengharapan

Kita selalu mengharap sesuatu daripada manusia, dan lupa yang segala-gala kurnia adalah datang dari-Nya. Berdoa dengan penuh pengharapan, memohon keampunan merafak kesyukuran, moga terangkat segala hajat tanpa sebarang hijab. Sesungguhnya tiada satu apa pun di dunia ini yang berkuasa ke atas diri kita, hanya Dia! Mari terus berdoa di sisa-sisa akhir Ramadhan ini, semoga berlalunya Ramadhan ini adalah dengan menyaksikan kita menjadi hamba-Nya yang lebih baik, hari ke hari.

p/s : Dah khatam Quran dah Ramadhan kali ni? =)

Tuesday, August 9, 2011

9 Golongan Orang Yang Bersolat


Golongan 1
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat Islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu cara bersembahyang. Imam Malik berkata bahawa sesiapa yang tidak sembahyang akan digolongkan sebagai orang kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab.

Imam Syafi pula berkata bahawa golongan yang tidak bersembahyang ini ialah fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu tetapi masih tidak bersembahyang.
Golongan 2
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi mereka sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai Sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua.

Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa. Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7
Golongan yang mengerjakan sembahyang dan tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya.

Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8                                                                                                                                                                                      Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya.

Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya.

Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya.

Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Soalan pertama yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.



Monday, August 1, 2011

Berhibur : Bersederhana & Dalam Batas Agama


Amni Safiah tag saya di Facebook, pada sekeping poster yang tertera tajuk Bicara Selebriti, yang menampilkan panelis-panelis hebat. Tempatnya, dalam daerah saya ini juga. Dalam hati saya berkata, oh saya mesti pergi! Mesti! Semacam sudah menjatuhkan hukum wajib pula kepada diri sendiri untuk pergi. Sejujurnya, saya sudah lama tidak menghadiri majlis ilmu, sejak balik ke rumah. Terasa benar hausnya spiritual saya kebelakangan ini, kerana seringkali berasa serba tidak kena pada diri akhir-akhir ini. Allahu.

Saya amat berharap dan berdoa, agar mak dan ayah tiada halangan untuk membenarkan saya dan adik, Syahirah untuk menghadiri forum berkenaan. Risau juga kalau-kalau mak tidak benarkan, tambahan pula waktunya malam, dan sudah tentulah tamatnya pun di tengah malam. Tapi Alhamdulillah Allah mendengar suara hati saya, mudah saja mak memberi izin untuk saya pergi!


Live on stage - Dr. MAZA (bekas mufti Perlis), Wardina Safiyyah, akhi Amin Idris (TV Al-Hijrah, ex-Falahiah), Sham Kamikaze & Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam.com)

Pengisiannya, Alhamdulillah mantap-mantap belaka. Kupasan isu, perkongsian pengalaman, ulasan dibuat dalam suasana yang sangat santai tetapi amat bermakna. Apart from punctuality, saya berikan lima bintang untuk pihak penganjur yang telah bertungkus-lumus menjayakan program seumpama ini. Ramai yang hadir memenuhi ruang di Balai Islam Lundang, yang kebanyakannya adalah golongan muda yang cintakan ilmu dan agama. Islam bukanlah agama yang melarang hiburan, tetapi mestilah mengikut lunas dan batas syariatnya, serta bersederhana. Ianya sesuatu yang sangat indah. Syukur kerana negeri kesayangan saya ini dinaungi oleh pemimpin yang tidak jumud sehingga menutup semua ruang hiburan, tetapi tidak pula terlalu terbuka sehingga halal haram semua dibolehkan! Kalau pemimpin yang seumpama ini pun kau masih tak mahu, maka kau patut rasa malu pada kucing di jalanan.

Moderator saudara Amin Idris berjaya mengemudi forum dengan amat santai, tidak terlalu formal hingga membuatkan audiens bosan, dan saya percaya beliau yang merupakan lulusan undang-undang ini bukanlah sebarangan individu. Dr. Asri, yang amat saya hormati pandangan dan tulisan minda tajdid beliau, telah berjaya mengupas dan mengulas setiap persoalan dan isu berkaitan hiburan dan Islam dengan penjelasan yang mudah difahami. Ustaz Hasrizal, ini kali kedua saya mengikuti program bersama beliau - kali pertama lama dulu pada Perhimpunan Ukhuwah Insaniyah Seluruh Ireland (PUISI) 2007 di Waterford - dan sebagai follower setia Saifulislam.com, sudah tentulah saya amat menantikan perkongsian dari beliau. Wardina Safiyyah dan Sham Kamikaze - dua insan hebat, dua insan yang dipilih Allah untuk disuluh jalan hidayah-Nya - dan apabila mendengar perkongsian dari mereka, terasa malu diri ini dengan istiqamah dan keazaman mereka untuk berubah. Sedangkan saya, Allah telah pilih untuk menimba ilmu agama di SMKA, sudah punya asas tetapi, sejauh mana sahajalah saya memanfaatkan itu semua untuk kehidupan saya dan orang lain. Allahu Allah, ampunkanlah segala khilaf hamba-Mu yang lemah ini. Semoga hari esok lebih baik untuk kita semua berbanding sebelumnya.

Saya kongsikan di bawah ini, rakaman video forum berkenaan. Apa yang baik, ambillah manfaatnya. Kalaupun tidak banyak, sedikit pun tidak mengapa.

Bicara Selebriti Hari Hiburan Islam

Sunday, July 31, 2011

The 7 Spiritual Habits You Can Do This Ramadhan


1. Praying the sunnah prayers before and/or after prayer.

2. Remembrance of Allah each time after solat and upon going to bed - zikr.

3. Morning/evening remembrance of Allah - du'a.

4. Night prayer.

5. Dhuha prayer.

6. Supplications before sleep.

7. One-hour of Quran reciting everyday.

May Allah bless us with His rahmah & barakah in this Ramadhan,
and may this Ramadhan better than the previous.

Wednesday, July 20, 2011

...

All the best Mr. T in starting your new job, on this coming 1st of Ramadhan. May Allah bless your journey and make everything ease for you along your career path. Be a dedicated, trustworthy employee and may Allah count every single good deeds that you do as ibadah, to gain His blessings in the world, for the everlasting happiness in Jannah, insyaAllah. Remember that there's always good reasons behind why Allah sketched our journey like this. Do not ever regret the past, but take them all positively to create better future, at least for yourself. And I, will never stop praying the best for you, as I did before.

Saturday, July 16, 2011

Prevention Is Always Better!

Minggu lalu saya menziarahi seorang saudara di Perdana Medical Centre, usianya lebih kurang 50-an, dimasukkan ke hospital kerana osteoporosis. Salah satu bahagian kecil dari tulang belakangnya telah patah, yang menyebabkannya sakit pinggang, tak boleh baring dan rasa ngilu di waktu malam. Saya sangat tidak arif tentang penyakit dan dunia perubatan, dan saya amat takut kepada hospital, doktor, darah, nurse, injection malah doktor gigi juga!

Selepas menziarah saudara saya itu, saya tiba-tiba jadi takut. Osteoporosis? Saya jadi ngeri mendengar perkataan itu, kerana :

1. Saya tak suka, tak boleh dan akan muntah kalau minum susu - yang merupakan sumber kalsium terpenting. Dari kecil saya memang bermasalah dengan susu. Sewaktu di UK, teman-teman serumah begitu bangga dan ketagihkan susu segar Iceland yang murah dan diwar-warkan sedap itu tapi saya dah tentulah tidak ambil peduli. Kalaupun rasa pemakanan tak sihat sangat, saya hanya beli chocolate milkshake Iceland atau pun susu soya Tesco. Itu sahaja yang saya boleh telan. Err..tapi susu soya kaya protein, bukan kalsium!

2. Saya tak makan sayur hijau dan buah-buahan. Bukan tak makan semua, tapi yang dimakan boleh dibilang dengan jari. Kalau mak buat sup sayur di rumah, saya ambil sehelai dua saja sayur hijau dan lebih hirup kuahnya saja. (Saya amat percaya dengan dogengan bahawa zat-zat dalam sayur turun dalam kuah semasa dimasak.) Memang saya senang dapat penyakit, mudah demam, mudah selsema, luka lambat sembuh dan sebagainya.

3. Saya takut saya tergolong dalam golongan berisiko untuk dapat osteoporosis. Walaupun golongan yang berisiko untuk mendapat osteoporosis lebih kepada wanita yang sudah berusia dan mereka yang punya family history dengan penyakit ini, tapi saya tetap takut!!

Jadi sebelum terlambat, saya perlu lakukan sesuatu dari sekarang. Mulakan dengan yang kecil dahulu.
Azam saya :

1. Ubah sedikit diet harian saya - cuba berbaik-baik dengan susu - oleh kerana tak boleh minum susu putih, maka cuba alternatif lain seperti susu berperisa coklat - dan teruskan pengambilan sumber kalsium lain seperti cheese juga. Kat Malaysia cheese mahal dowh, isk~

2. Wajibkan makan sayur hijau setiap hari, kuantiti lebih sedikit dari selalu, dan ambil supplement kalsium atas nasihat doktor.

3. Bertegas dengan diri sendiri agar kedua-dua azam di atas tercapai dan saya lebih beristiqamah dalam mengamalkannya. Ya Allah bantulah hamba-Mu yang lemah ini!
     

Sunday, July 10, 2011

Penganggur Berjaya?


Masih tidak tahu bila saya akan dipanggil bekerja. Jadi untuk sementara waktu ini, jadilah penganggur berjaya. Cuba juga mencari kerja sambilan di mana-mana, tetapi sukar untuk menemukan kerja yang boleh tamat sebelum waktu Maghrib.

Buat masa ini saya menjawat jawatan suri rumah sepenuh masa - kata mak, wang saku diberi dalam bentuk beras, hehe - mengajar tuisyen individu Chemistry di hujung minggu (lepaslah duit minyak dan kredit telefon, alhamdulillah, sudah memadai) dan baru mendapat kontrak membuat kuih raya secara kecil-kecilan untuk julung kalinya dalam hidup ini - saya amatlah kurang berkeyakinan, dengan kadar kesabaran yang tidak berapa tinggi serta seni membuat kuih yang nyawa-nyawa ikan, mampukah diriku bertahan untuk mengulang proses membancuh-menguli-mencanai-menerap-membakar-membubuh topping biskut raya agar ianya berkualiti luar dan dalam untuk dijual kepada pelanggan? Oh sungguh dilema.

Wahai bakal majikanku nun di Cyberjaya sana, tolonglah bagi hitam-putih perihal penempatan PPPS PPC 2011 ini. Janganlah dibiarkanku terus-terusan menjadi penanam anggur yang tidak berbuah, yang hanya masuk angin keluar asap saban hari. Tolonglah!

Enjit-enjit Semut

Enjit-enjit semut
Siapa polis naik atas
Enjit-enjit semut
Siapa BERSIH kena cantas

~ A. Samad Said, Sasterawan Negara

p/s : Padanlah negara ini 'kotor' dari segenap segi.

Bersih 2.0

Sembilan puluh satu watak disekat,
Tiga puluh dua laluan ditutup;
Demokrasi tampaknya mula mangkat,
Negara polis kini mula termaktub.

~Sasterawan Negara A. Samad Said

Wednesday, July 6, 2011

Kursus Induksi Dan...

Alhamdulillah saya telah selesai menamatkan Kursus Induksi dan temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang telah berlangsung 2 minggu sebelumnya. Temuduga, biasa-biasa saja. Sejujurnya saya memang tidak berusaha sangat untuk itu, sekadar baca beberapa perkara sahaja, itu pun hanya pada malam sebelum temuduga berlangsung. Tidak ada perasaan, meskipun tahu ianya penting untuk pengesahan jawatan.

Kursus Induksi, juga berlalu seperti angin. Dua hari diisi dengan 5 slot ceramah, yang saya rasa amat sangat bergantung kepada personaliti penceramah untuk menghidupkannya. Dan alhamdulillah kebanyakannya seronok dan inputnya berguna untuk didengar dan dihayati. Kalau penceramah duduk saja di kerusi selama 2 jam dan cakap berleter-leter, em..maaflah. Jangan salahkan audiens kalau semua orang buat muka toya sepanjang ceramah.

Ujian Kursus Induksi di hari terakhir. Tentang perintah am, dasar kerajaan, pekeliling pentadbiran awam, pengurusan, kewangan dan etika. Soalan objektif agak horror, tak boleh fikir logik dan sukar untuk 'ditembak' jawapannya. OK itu memang salah saya sebab tak study betul-betul nota komprehensif kursus yang diberi. Soalan esei, alhamdulillah, sebab kebanyakannya keluar tajuk-tajuk hot tahun ini - cuti haji, pengurusan mesyuarat, Wawasan 2020 dan kebetulannya, keluar soalan mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja yang juga merupakan tajuk tugasan saya sebelum menghadiri kursus. Alhamdulillah.

Kursus Induksi tamat dengan meninggalkan saya dan rakan-rakan sekelas dengan status 'pemiutang'. Oh sungguh rawan hati ini, terasa ingin berdemonstrasi saja apabila menerima notis 'Kutipan Semula Elaun Jun'. Apakah ertinya semua ini?

Saya merenung notis dengan rasa tidak percaya. Elaun bulan Jun yang menghiasi akaun tepat 1 Jun lalu wajib dipulangkan semula tepat-tepat jumlahnya RM 1336.71 kepada IPG! Dengan alasan terlebih bayar! Dan tambah mengeruhkan 'poket', yuran kolej kediaman yang tidak dipotong sejak dari bulan Januari juga dituntut bersama sebanyak RM 395.20, lalu menjadikan jumlah hutang saya kesemuanya berjumlah RM 1731.91!! Adoi...apart from loan kereta, tidak pernah saya berhutang sebanyak ini!!

Saya masih boleh terima jika saya diberi notis supaya dijelaskan yuran kolej kediaman yang tertunggak (walaupun ianya salah pihak kewangan yang tidak melakukan pemotongan elaun seperti semester sebelumnya tapi tidak mengapa kerana saya telah menghuni dan memanfaatkan segala kemudahan kolej kediaman hingga ke akhirnya!)


Saya akan berusaha untuk melangsaikan hutang berkenaan, sudah semestinya. Tetapi saya amat musykil apabila elaun bulan Jun ditarik balik secara tiba-tiba, tanpa penjelasan sewajarnya.

Kalau ada elaun, bukankah bermakna ada peruntukan dari IPG induk, yang juga datang dari kerajaan?


Bukankah sewaktu kami menandatangani kontrak perjanjian biasiswa Program Pelajar Cemerlang, 6 tahun lalu yang menyatakan elaun akan dibayar selama 12 bulan sewaktu mengikuti KPLI?


Kalaupun elaun itu ditarik kembali, maka wang itu akan kembali kepada siapa, dan untuk apa? Saya redha jika ianya untuk disalurkan kepada elaun pelajar lain yang miskin dan tidak berkemampuan, tetapi kalau dapat ke tangan mereka yang tidak sepatutnya, em....."lu fikirlah sendiri akibatnya"

Kalau tidak dibayar elaun Julai saya terima kerana urusan saya dengan IPG sudah selesai sepenuhnya, tetapi pada bulan Jun, saya telah berulang-alik ke Kedah untuk temuduga SPP dan Kursus Induksi - bermakna urusan rasmi saya dengan IPG belum selesai!

Tambahan 'mengeringkan' poket, saya dan rakan-rakan bukan berinduksi seperti yang selalunya kakitangan kerajaan lain dilayan. Kursus induksi yang saya tahu biasanya diadakan di hotel, peserta disediakan penginapan dan makan, sekurang-kurangnya sekali. Kami tidak minta dilayan dengan penuh kemewahan, juga tidak minta kursus induksi diadakan di hotel berbintang-bintang, kami cuma memohon untuk menginap (dengan bayaran) di kolej kediaman IPG, dan kalau tiada bilik yang available, bilik serbaguna yang tak berperabot itu pun tak apa! Ditawarkan tinggal di rumah sewa pelajar (dengan kadar bayaran yang lebih kurang sama dengan sebuah homestay untuk satu malam) yang terletak di bawah pengurusan yang sama, akan tetapi bagaimana hendak menginap kalau lantainya sekali pijak kaki bersalut sarang labah-labah, tandasnya pula rosak dan keadaannya tidak ubah seperti rumah 'Hantu Kak Limah' saja. Kesudahannya kami terpaksa menyewa homestay sendiri beramai-ramai, mencari alternatif pengangkutan sendiri, dan semua itu memerlukan pengaliran wang, obviously!

Setelah menempuh keadaan sedemikian, saya fikir elaun bulan Jun kami tidak berhak untuk ditarik kembali bukan?

Saya tidak bermaksud untuk menuding jari menyalahkan sesiapa, tetapi kita patut sama-sama berfikir dan bermuhasabah mengapa boleh terjadi perkara sedemikian.

Bekerjalah dengan telus dan amanah, kerana setiap detik pun kita tidak terlepas dari pandangan Allah!

Thursday, June 16, 2011

Latte Anyone?


Ice is not good for health, but forgive me today.
I need to chill myself and have a glass of iced latte.
While thinking of future and how do I sketch my way.

Tuesday, June 14, 2011

Servis Yang Memualkan


Saya rasa semua orang sedia maklum akan mutu pengangkutan awam di Malaysia kan? Sebelum itu, saya ingin mengemukakan soalan - ada tak sesiapa yang membaca blog saya ini, bersetuju bahawa perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia ini bagus, boleh dipuji, reliable, servis berkualiti, punctual dan sebagainya yang indah didengar? Ada tak? Kalau ada tolong private message saya, kerana saya nak sangat berkenalan dengan anda yang mengalami pengalaman yang sebegitu indah itu.

Lewat berjam-jam, kena tukar bas secara tiba-tiba, kena satukan bas untuk destinasi berbeza, kena maki dengan pemandu bas, bas rosak di jalanan, bas lambat tiba di destinasi lebih empat jam dari sepatutnya hingga menyebabkan agenda semua orang tergendala, tiada kata maaf dari pengusaha bas - OK cukup. Saya tak mahu mengupas panjang lebar untuk setiap satunya. Semua orang mesti ada pengalaman pahitnya sendiri kan?

Mengapa mesti ia berlaku?
Mengapa prosedur yang hanya cantik di atas kertas tidak digunapakai?
Salah faham?
Miscommunication antara pengusaha bas dan pemandu?
Masalah dalaman syarikat?
Whatever the problem is,
it's all about attitude!

Sebagai salah seorang pelanggan yang membayar sejumlah wang untuk menaiki bas ekspres dan menggunakan perkhidmatannya, sudah pastilah saya 'angin' apabila awal-awal lagi bas tiba lambat berjam-jam dari waktu yang sepatutnya. Wajah para penumpang yang sudah kerut mencuka, ditambah lagi dengan terpaksa mendengar maki hamun dari pemandu bas bermulut longkang apabila dipersoalkan tentang kelewatannya.

Bukankah sepatutnya dia meminta maaf dan menjelaskan sebab berlakunya kelewatan?

Saya tidak rasa semua orang begitu bebal dan keras hati untuk memaafkan pemandu itu jika faktor kelewatannya adalah sesuatu yang tidak disengajakan.

Susah sangatkah hendak merendahkan sedikit ego untuk meredakan keadaan?

Mengapa begitu ramai orang di dunia ini memilih untuk menjadi bodoh sombong?

Saya bukan hendak berlagak hanya kerana saya pernah menggunakan servis bas yang sangat thumbs-up di UK, tetapi kalau sebegini memualkan servis yang diterima, kita tidak akan ke mana-mana.

Akhlak Islam itu cantik, dan jika semua mengamalkannya, sudah tentu dunia ini cantik bukan?

Saya akui saya menulis dalam keadaan beremosi, kerana saya benar-benar kecewa dengan keadaan ini.

Kita tidak mungkin mampu mengubah orang lain, tapi sekurang-kurangnya biarlah perubahan itu bermula dengan diri kita sendiri.

P/S : Adoi adoi adoi..dah mananya tak cepat tua?

Friday, June 10, 2011

Driving Is A Bliss


Saya sudah bertahun lulus ujian memandu JPJ dan memiliki lesen memandu penuh. Akan tetapi, gaya saya seperti orang tak pernah pegang stereng. Dan tidak dinafikan saya memang penakut! Takut pada kerakusan pemandu lain, takut kalau dihon, takut langgar kereta orang, takut gagal masuk side parking dan banyak lagi trauma-trauma yang pada hakikatnya belum pun dialami.

Hendak cuba-cuba memandu kereta manual yang ada di rumah, ampuuuuun! Otak saya memang sungguh perlahan untuk menghantar maklumat ke kaki dan mengawal perjalanan kereta. Pernah mencuba, tapi lebih banyak makan asap tersedut-sedut dari tiba ke destinasi.

Tidak dapat memandu sendiri, saya mengakui yang saya banyak menyusahkan mak ayah untuk ke mana-mana. Tambahan pula saya memang seorang yang 'panjang langkah'. Di zaman sekolah dulu pengangkutan awam agak efisyen dan keselamatan juga agak terjamin, maka saya tidak ada masalah untuk naik bas ke sana sini. Tetapi beberapa tahun kebelakangan ini sejak perkhidmatan bas semakin merosot mutunya dan kadar jenayah ragut melonjak tinggi, mak tidak lagi benarkan saya merayau sendirian dengan pengangkutan awam.

Makanya, hendak jumpa kawan, mak hantar. Hendak pergi beli kasut, mak hantar. Hendak attend reunion, mak hantar. Hendak pergi program, mak hantar. Hendak pergi kenduri kahwin kawan, mak hantar. Hendak pergi usrah, pun mak hantar. Pendek kata, kasihan mak kerana mak tidak akan pernah aman kalau saya berada di rumah walaupun mak sukarela hendak menghantar dan mengambil saya jika hendak ke mana-mana.

Setelah memiliki kereta, saya masih jadi bahan kutukan semua orang kerana saya masih menjadi penumpang kereta sendiri. Ayah dan mak sangat berat hati untuk melepaskan saya memandu kerana keadaan trafik yang menggila, walaupun saya yakin saya mampu untuk memandu di jalan-jalan yang kurang sibuk. Sudahnya, keadaan tetap sama. Pergi berhantar, balik berjemput.

Puas saya memujuk, akhirnya selepas mengikuti latihan memandu intensif dengan ayah dan menangis-nangis meyakinkan ayah, barulah ayah dan mak bersetuju melonggarkan sedikit syarat ketat mereka dengan membenarkan saya memandu di Kedah, berulang-alik dari Jitra ke Alor Setar setiap hati sepanjang menjalani praktikum.

Dan sekarang, saya dapat merasakan betapa besar rahmat apabila dapat memandu sendiri. Selain tidak lagi menyusahkan mak, saya juga dapat membantu meringankan kerja mak - hantar dan ambil adik dari sekolah, beli barang, hantar ayah ke hospital dan lain-lain lagi. Saya puas dapat menjadi driver kepada mak dan ayah.

Kita tidak perlu menunggu mak dan ayah sakit, baru hendak membuktikan yang kitalah jaguh yang dapat membalas jasa mereka.

Moralnya, mari berbuat baik kepada ibu bapa walaupun dalam perkara yang sedikit dan kecil. Allah tak akan lepas pandang sekecil-kecil perkara baik kan?

Friday, May 20, 2011

Perlis Roadtrip

Practicum completed.
Assignments done.
And all the stress inside need to be kicked out.
And my sister came down from Bangi to visit me.
So, Perlis here we come!
OK that was the furthest distance I drove, so far.
So we chose the route
Jitra --> Beseri --> Padang Besar --> Kangar --> Kuala Perlis --> Arau --> Jitra
Perlis is only a small state that you can finish tawaf-ing it in only half day!
And the roadtrip was really worth-going!
We decided to start with Padang Besar, the northern-est part of peninsula.
And we stopped for a while at MRSM Beseri on the way to Padang Besar.
OK don't you ever asked me why I was extremely excited to reach there.


Then we continued our journey to Padang Besar Duty Free Zone.
The weather was terribly dry and hot there. So tropical.
The shopping places was too awesome yet too many people there.
Infinite choices of tudungs, tops, kitchenware (all made in T_ _ _ _ _ _ D)
It's good to be here if you have much $$$$.
Never mind, we did window-shopping!
And my sister kindly bought me a shawl and a checkered top. Thank you aja dong!


OK let's move on.
Luckily we didn't bring our passport.
If not we might drive through immigration and go to Hadyai!
OK actually we just stopped randomly by roadside
And had a photo shoot session at that signboard. Ngee~


And we stopped again at a random ostrich farm, on our way to Kangar.


And we stopped again without any motive.


And we stopped again, at Timah-Tasoh Dam.
The scenery was really beautiful
Even the surrounding temperature almost boiled up our head.


And finally we reached Kangar.
Performing Asr prayer at Alwi Mosque.


And again, randomly stopped by the roadside.
Just because the alphabets of "Kangar Perlis" are colourful!

We did tawaf the small town of Kangar.
OK, all of us start to hungry.
So we headed to Kuala Perlis.
For food-hunting session!
And we shared a bowl of Laksa Kuala.
The taste was....perfect!


And the don't-miss-it menu in Kuala Perlis
Presenting...grilled siakap with air asam.
Perghhhhh.....

And not forgetting heavenly ABC with ice cream on top for dessert
Followed by strawberries dipped into chocolate.
Alhamdulillah, everything was just scrumptious.
And after that we had a photo shoot session, with the background of muddy coast.
If we had RM1000, we might jump into ferry on the spot and go to Langkawi.
Next time insyaAllah.


It's time to go back.
On the way back to Jitra, we stopped at Arau's Palace.


Finally reached Jitra just before Maghrib.
Really enjoyed ourselves during the trip.
And will discover another place after this, insyaAllah.
So far, I do love northern part of Malaysia.
For 'food-hunting' reason.